Tommy Thomas kesipuan – Siri 1

Tommy Thomas gagal menjawab soalan Tribunal SPR.

1. Ketika perbicaraan Tribunal SPR pagi tadi, anggota panel Tribunal merujuk kepada perenggan 7 HUJAHAN BERTULIS Peguam Negara bahawa Tribunal ini tidak hanya terhad untuk mencadangkan pemecatan tetapi boleh juga mencadangkan apa2 rekomendasi lain kepada YDPA jika sah wujud salahlaku di kalangan anggota SPR berkenaan.

2. Panel kemudiannya merujukkan Peguam Negara kepada Perkara 114(3) di baca bersama Perkara 125(3) Perlembagaan yang menyatakan bahawa Tribunal ini hanya boleh mencadangkan 2 Perkara sahaja kepada YDPA iaitu samada untuk memecat atau tidak memecat mereka yg di tuduh.

3. Tiada mana2 perkataan dalam Kedua2 Perkara berkenaan yg menunjukkan Tribunal boleh membuat rekomendasi lain sepertimana yg di cadangkan oleh Peguam Negara dalam perenggan 7 HUJAHANnya.

4. Tommy Thomas mengambil masa 40 minit untuk berhujah menjawab soalan yg di kemukakan oleh panel Tribunal.

5. Berpusing2 HUJAHAN Tommy Thomas sehingga terpaksa beliau merujuk kepada kes Mahkamah Agung di negara Namibia yg di laporkan Prosecutor-General of Namibia V Gomes and others (2016) 2 LRC 270 yang menyatakan bahawa walaupun sesuatu kes telah menjadi akademik, Mahkamah tetap boleh membicarakannya.

6. Kemudian Tommy Thomas turut mengakui Tribunal ini adalah “master to his own prosedur”. Tidak seperti Suruhanjaya Siasatan Di Raja yg tertakluk prosedurnya kpd Akta Suruhanjaya Siasatan 1950, Tribunal ini boleh membuat apa2 keputusan dan rekomendasi kpd YDPA krn tiada apa2 statut yg boleh menghalang rekomendasi berkenaan di buat.

7. Di pihak Peguam, kami tidak melihat hujah 40 minit Tommy Thomas itu menjawab soalan yg di kemukakan panel Tribunal terhadap beliau.

8. Tiba2 Tommy Thomas memaklumkan beliau perlu menghadiri satu tugasan penting di Putrajaya dan memohon sidang Tribunal di TANGGUHKAN jam 1.30 tengahari.

9. Jadi prosiding Tribunal tergantung di situ dan akan bersambung lagi di hari lain.

10. Sejujurnya saya tak rasa Tommy Thomas mempunyai aura sbg Peguam Negara Malaysia.

11. Mungkin Namibia lebih layak utk beliau.

Sekian terima kasih
Buzze Azam Aziz
MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Peguambela & Peguamcara
0129770412

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *