Posts

PERKARA : ADUAN RAKYAT PERAYAAN HANTU LAPAR

aduan-PUTRA

Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA telah menerima aduan daripada beberapa wakil masyarakat setempat berkaitan gangguan yang mereka terima sewaktu Pesta Hari Hantu Lapar berlangsung pada 15 Ogos 2019 yang lalu.

2. Antara gangguan yang mereka terima sewaktu acara itu berlangsung adalah seperti berikut: –

a. Kesesakan jalan raya pada jalan-jalan tertentu yang menjadi tumpuan orang ramai;
b. Pencemaran udara kesan daripada pembakaran terbuka colok gergasi dan kertas-kertas sembahyang yang dilakukan ketika acara berlangsung;
c. Gangguan bunyi bising yang berpunca daripada persembahan Opera Cina;
d. Sampah bertaburan di sana-sini ketika dan selepas acara berlangsung.

3. Justeru itu, kami ingin mendapatkan penjelasan daripada agensi-agensi yang berkaitan berdasarkan apa yang dinyatakan seperti di bawah: –

a. Apakah terdapat permit kebenaran yang dikeluarkanoleh pihak Polis atau Majlis Kerajaan Tempatan untuk membolehkan berlangsungnya acara ini?
b. Adakah terdapat garispanduan dan/atau pemantauan dari segi kapasiti asap yang dikeluarkan hasil daripada proses pembakaran ketika berlangsungnya acara ini dalam mematuhi standard “Rumah Hijau”?
c. Adakah terdapat peraturan kawalan bunyi pembesar suara ketika majlis dilangsungkan?
d. Adakah terdapatnya kebenaran untuk membenarkan peserta majlis meminum minuman keras secara terbuka sepanjang majlis?
e. Adakah sebarang tempoh hadmasa di benarkan oleh agensi-agensi berkaitan untuk Majlis ini?
f. Dari segi pengurusan sampah, adakah terdapat caj dikenakan kepada pihak penganjur sekiranya kegagalan daripada pihak penganjur dalam menguruskan kebersihan tapak acara?

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan dalam memberikan penjelasan berkaitan soalan-soalan di perenggan 3 (a) –(f) di atas secara bertulis dalam tempoh 7 hari adalah amat dihargai untuk rujukan kami bagi menjawab aduan-aduan masyarakat yang di buat kepada pihak kami.

PUTRA PERKASA NEGARA

BERJUANG BERKHIDMAT BERKORBAN

Yang menjalankan tugas,

MOHD KHAIRUL AZAM BIN ABDUL AZIZ
Naib Presiden PUTRA
Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA.