Posts

SIRI MEMBEDAH KEPALA HOTAK TOMMY THOMAS 2.0

1. Saya membaca tulisan TT bertajuk Law Politics and Business-A conflict of interest? Iaitu sebuah penulisan ilmiah beliau yg di terbitkan pada bulan Jun 1986, lebih 30 tahun sebelum beliau menjadi Peguam Negara.

2. Ketika itu beliau mengkritik Daim Zainuddin, seorg Menteri dalam kabinet Dr Mahathir yang pada anggapan beliau ketika itu telah menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Menteri Kewangan dengan terlibat membeli saham bank UMBC.

3. TT turut mengkritik Mahathir di mukasurat 19 dengan memetik kenyataan ASWJ yg memaki Mahathir kenapalah PM4 ni bahlol sangat boleh menutup mata terhadap seseorang yg jelas korup di mata awam dan masih mengekalkan beliau dalam kabinet?

4. Selepas 30 tahun, PM4 yg bahlol itu telah melantik TT sebagai Peguam Negara dan TT membebaskan LGE dari pertuduhan jenayah rasuah dan salahguna kuasa yang kesalahan LGE itu adalah sama dgn Khir Toyo yg telah di sabitkan kesalahan.

5. Dalam tulisan berkenaan, TT menggesa di tubuhkan Suuhanjaya Siasatan DiRaja menyiasat Daim.

6. Sekarang perahu dah di air, pendayung dah di tangan. Kenapa tunggu lagi? Skandal salahguna kuasa Daim ini masih berterusan hingga kini dan Daim kini bernilai USD300 pada setiap minit sekarang.

7. Mungkin juga TT sengaja memilih tajuk bukunya Abuse Of Power kerana sebaik sahaja menjadi Peguam Negara, beliau menganugerahkan pula banyak job Jabatan Peguam Negara kepada firma guamannya dan kroni2nya.

8. Bodohnya rakyat jika masih percaya TT manusia terbijak, bersih dan berkecuali.

9. Paling bodoh pastinya PM7 yang memaksa Agong melantik TT dan baginda melantik TT dengan mencatatkan bantahan baginda.

I know.