Posts

Aduan Ibu Bapa berkaitan perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sekolah

Adalah kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA telah pun menerima aduan daripada ibu bapa berkaitan dengan perhiasan berkaitan sambutan perayaan tahun baru Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1.

3. Aduan-aduan yang kami terima menggambarkan rasa tidak selesa dan tidak senang hati ibu bapa berkaitan dengan perhiasan yang keterlaluan di sekolah Puan untuk sambutan perayaan tahun baru Cina 2020. Ada juga ibu bapa yang membayangkan keadaan Sekolah yang seolah-olah telah di hias seumpama gedung perniagaan milik China dan terdapat unsur-unsur keagamaan Selain Agama Islam yang telah mendatangkan perasaan tidak aman dan Damai di kalangan pelajar beragama Islam dan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di lampirkan gambar-gambar perhiasan yang di maksudkan di sekolah Puan.

4. Selanjutnya, PUTRA juga menyatakan bahawa tindakan Puan membenarkan perhiasan berlebihan untuk perayaan agama masyarakat Cina ini di sekolah Awam juga adalah bertentangan dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “tiada sesiapa boleh menerima apa2 ajaran agama atau menyertai apa2 Amalan agama Selain ugamanya sendiri”.

5. Selanjutnya, tindakan Puan ini juga adalah satu bentuk penyebaran dakyah agama lain di kalangan pelajar beragama Islam yang bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

6. PUTRA dengan ini memberikan masa 3 hari kepada Puan daripada Tarikh surat ini untuk menurunkan semula kesemua perhiasan perayaan keagamaan kaum Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1.

7. Sekiranya pihak Puan enggan untuk berbuat demikian, kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA
0129770412

vernakular