Posts

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) TERHADAP YB MUJAHID RAWA.

1. Pada 15 Januari 2020, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah mengeluarkan kenyataan Menyokong pekeliling KPM yang mengharamkan murid2 beragama Islam untuk menyertai sambutan perayaan pesta Ponggal yang di buat di sekolah seperti kenyataan di bawah.

https://www.facebook.com/996172770548218/posts/1481025342062956/

2. Adalah tidak mengejutkan apabila Menteri Pelbagai Agama di JPM mengeluarkan kenyataan semalam menggesa tindakan tegas di ambil ke atas pengeluaran pekeliling KPM berkenaan seperti di laporkan di sini :-

https://www.freemalaysiatoday.com/…/mujahid-gesa-tindakan-…/

3. PUTRA menegaskan bahawa kenyataan Menteri Pelbagai Agama JPM ini boleh di ibarat kan seperti telah memetik api pada tumpahan minyak.

4. Melayu dan Islam di buli sekali lagi oleh seorang Menteri yang nama sahaja seperti Melayu tetapi Jiwanya kafir.

5. Adalah jelas perayaan Ponggal melibatkan ritual kepercayaan terhadap Dewa awan, Dewa hujan dan Dewa matahari di kalangan penganut Hindu dan bagaimana Mungkin Menteri Melayu berjiwa kafir ini boleh mengeluarkan kenyataan menggalakkan murid2 beragama Islam untuk menyertainya?

6. PUTRA dengan ini mengecam kenyataan Menteri Pelbagai Agama JPM ini dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan Kerajaan untuk cuba mempromosikan kepercayaan agama lain di kalangan umat Islam yang jelas bertentangan dengan Perkara 11(4) dan 12(3) Perlembagaan Persekutuan.

7. PUTRA juga akan memantau jika ada sebarang tindakan tatatertib di kenakan terhadap mana-mana pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pengeluaran pekeliling berkenaan.

8. Sekiranya ada, maka PUTRA menawarkan bantuan guaman Percuma kepada pegawai berkenaan untuk mendapat pembelaan sewajarnya setakat yang boleh dalam zaman kekejaman pemerintahan rejim Pakatan Harapan ini.

9. PUTRA juga mendesak Menteri pelbagai agama ini untuk mengulang syahadah beliau kerana di bimbangi keimanan beliau terhadap Ponggal telah merosakkan Iman beliau kepada Allah.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
0129770412
18 Januari 2020

DAP SUDAH TAKUT? KENAPA DAP TAKUT?

DAP SUDAH GOYANG

Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 17.12.2019:_

DAP expresses grave concern at the court action taken by pro-opposition groups, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung and Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia, claiming that the existence of vernacular schools is not legal because it is against the Federal Constitution. For the last 62 years since Merdeka in 1957, the existence of Chinese and Tamil schools have never been questioned and have received public funding.

For the first time in history, a legal suit has been filed naming the Education Ministry and Government of Malaysia as defendants, seeking a declaration that the existence of Chinese and Tamil vernacular schools contravenes Article 152(1) of the Federal Constitution. DAP views this as a dangerous development that can not only threaten the existence of Tamil and Chinese schools, but also jeopardise the national unity and harmony of our multi-racial society.

DAP will defend vigorously the constitutional right of Chinese and Tamil schools to exist, by bringing up in the final Cabinet meeting tomorrow that the Government must instruct the Attorney-General to mount a muscular opposition to this legal suit. At the same time, DAP will also seek to intervene legally in the suit on behalf of vernacular schools and has instructed the Chairman of DAP Legal Bureau and MP for Bukit Glugor Ram Karpal to provide legal representation.

LIM GUAN ENG

民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2019年12月17日在吉隆坡发表文告:

亲反对党团体即半岛马来学生会及大马伊斯兰教育发展理事会入禀法院,宣称多源流母语学校的存在是非法,并已违反了联邦宪法。针对此事,民主行动党深表关切。自1957年独立以来的62年间,华校和淡米尔学校的存在从未受到质疑,并获得公款资助。

这是史上第一次有人提出诉讼,把教育部和马来西亚政府列为被告,要求宣判华校和淡米尔母语学校违反联邦宪法第152(1)条。民主行动党视之为一个危险的发展,不仅威胁着淡米尔语和华文学校的存在,更是危害了我们多元种族社会的民族团结与和谐。

民主行动党将会尽全力捍卫华文和淡米尔语学校在宪法下的权利,并在明天召开的本年度最后一次内阁会议中,要求政府必须指示总检察长强烈反对这一诉讼。同时,民主行动党还将代表本地多源流母语学校对诉讼提出介入,并指示民主行动党法律局主席兼武吉牛汝莪区国会议员蓝卡巴星代表处理此事。

林冠英

GILIRAN GPMS DAN MAPPIM PULA MENCABAR AKTA PERLEMBAGAAN SEKOLAH VERNAKULAR

Writ Saman mencabar keabsahan Sekolah Vernakular telah di failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi.

Plaintif adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pendidik Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM)

Peguam mereka adalah HJ HANIF KHATRI

#JumpaDiMahkamah
#RasisBerpelembagaan
#AkuTutupSekolahKau

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2019/12/16/malay-muslim-groups-next-to-challenge-constitutionality-of-vernacular-schoo/1819742

Kenyataan Media Untuk Siaran Segera:
*SAMAN TERHADAP MENTERI PENDIDIKAN DAN KERAJAAN MALAYSIA BAGI MENGISYTIHARKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA DAN TAMIL SEBAGAI BERCANGGAH DAN TIDAK SAH DI SISI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN*
16 DISEMBER 2019
1. Baru sebentar tadi (16 Disember 2019, jam 5:39pm), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) telah secara bersesama memfailkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, melalui Peguamcaranya, Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil. Saman tersebut menamakan Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia sebagai Defendan, dan difailkan bagi mendapatkan pengisytiharan oleh Mahkamah bahawa kewujudan sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil adalah bercanggah dengan kedudukan bahasa kebangsaan di bawah Fasal 152(1) Perlembagaan Persekutuan.
2. Pemfailan saman ini adalah susulan dari keputusan Mahkamah Persekutuan pada 11.11.2019 yang telah menolak permohonan seorang peguam, Mohd Khairul Azam bin Abdul Aziz, bagi mencabar keabsahan kewujudan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di Malaysia, kerana menurut Mahkamah Persekutuan, permohonan tersebut sepatutnya difailkan di Mahkamah Tinggi, dan bukan di Mahkamah Persekutuan.
3. Justeru, atas keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, kedua-dua GPMS dan MAPPIM telah mengambil inisiatif bagi memfailkan tindakan di Mahkamah Tinggi, supaya persoalan penting tentang keabsahan kewujudan sekolah-sekolah aliran vernakular adalah sah atau tidak di sisi Perlembagaan Persekutuan dapat diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.
4. Antara perkara yang dipohon oleh GPMS dan MAPPIM adalah untuk perintah-perintah antara lainnya seperti berikut:-
(a) suatu pengisytiharan bahawa seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), setakat mana peruntukan-peruntukan itu membenarkan penubuhan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar masing-masing, adalah bercanggah dengan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan dan oleh yang demikian adalah tidak sah dan terbatal setakat percanggahan itu;
(b) suatu pengisytiharan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil telah secara lanjutannya, turut menyebabkan satu keadaan yang bercanggah dengan Perkara 5 (hak terhadap kehidupan yang bermaruah), perkara 8 (hak kesaksamaan), perkara 10 (hak berekspresi), Perkara 11 (kebebasan beragama), dan perkara 12 (hak terhadap pendidikan);
(c) suatu perintah bahawa Menteri Pendidikan dan Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil segala langkah yang perlu bagi memastikan bahawa kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil yang sedia ada di Malaysia hendaklah diselarikan dengan peruntukan Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan, dalam tempoh enam (6) tahun daripada tarikh Mahkamah memberikan penghakiman.
5. GPMS dan MAPPIM telah mengarahkan kami, selaku peguamcaranya, untuk melantik peguam kanan, Tuan Haji Haniff Khatri Abdulla, sebagai kaunsel utama bagi mewakili MAPPIM dan GPMS ketika perbicaraan kes ini di Mahkamah kelak.
6. Kami juga telah diarahkan untuk menegaskan bahawa kedua-dua GPMS dan MAPPIM menyokong segala usaha peningkatan penguasaan bahasa ketiga, sama ada bahasa Mandarin, Tamil, Arab, Kadazan, atau mana-mana sahaja bahasa lain di dunia termasuk Jepun, Korea, dan lain-lain melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa tersebut sebagai satu mata pelajaran, tetapi menolak mana-mana bahasa asing tersebut daripada dijadikan bahasa pengantar utama di mana-mana institusi pendidikan awam yang menerima dana awam, kerana hal tersebut akan bercanggah dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk semua tujuan rasmi.

Tetuan Amelda Fuad Abi & Aidil
Peguamcara bagi GPMS dan MAPPIM

SILA BUAT LAPORAN POLIS DI BALAI BOMBA.

1. Lagu Negaraku di kawal dan di jaga oleh Akta Lagu Kebangsaan 1968.

2. Di dalam Akta tersebut, jelas menunjukkan lirik lagu Negaraku adalah dalam Bahasa Kebangsaan.

3. Saya tidak berhenti di situ.

4. Saya merujuk pula kepada National Anthem Act 1968 untuk melihat jika ada Versi Lagu Negaraku dalam Bahasa Inggeris.

5. Kerana ikrar sumpah perjawatan YDPA, PM dsb dalam Perlembagaan Persekutuan semuanya di terjemahkan kepada bahasa Inggeris dalam Federal Constitution.

6. Maka logiknya, seharusnya ada Versi Lagu My Nation dalam National Anthem Act 1968.

7. Tetapi ternyata logik saya itu silap sama sekali. Dalam National Anthem Act 1968 pun, Negaraku adalah dalam Bahasa Melayu.

8. Maka ini bermaksud, Hanya ada 1 bahasa untuk lagu Negaraku iaitu dalam Bahasa Kebangsaan.

9. Maka, terima kasih kepada sesiapa yg merakam budak2 Sekolah Vernakular menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Cina kerana kalau dia tak rakam dan tak sebar, kita pun tak tahu.

10. Budak2 tu tak salah. Yang salah adalah guru2 nya yang Mungkin pelancong China yang telah tinggal melebihi tempoh di Malaysia dan gagal di halau balik sebab takut DAP dan MCA mengamuk.

11. Maka buat lah laporan polis seluruh Negara. Tapi jangan buat laporan polis tu di Balai polis.

12. Buat lah laporan polis itu di Balai Bomba.

13. Tiada tindakan pun Kita tak sakit hati sangat.

14. Dah kalau lapor polis pun polis tak buat apa.

15. Sama lah dengan Bomba.Puas hati.

Sekian Terima kasih

Buzze Azam

#RasisBeperlembagaan
#AkuTutupSekolahKau

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK BOLEH SAMAN KERAJAAN TUNTUT HAK KEISTIMEWAAN PERLEMBAGAN

ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK BOLEH SAMAN KERAJAAN TUNTUT HAK ISTIMEWA PERLEMBAGAAN.

1. Menurut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak mempunyai hak istimewa dalam bidang Pendidikan, biasiswa, permit perniagaan, lesen & kemudahan latihan.

2. Semua hak istimewa ini adalah bagi mengiktiraf kemurahan hati orang Melayu untuk bersetuju memberikan taraf kewarganegaraan dan berkongsi Negara Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) ini dengan pendatang sejak tahun 1957 hingga kini.

3. Selepas 62 tahun Malaya Merdeka, keturunan pendatang secara automatik menikmati taraf kewarganegaraan tanpa perlu mengisi apa2 borang permohonan kewarganegaraan sedangkan orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak tidak menerima apa2 kelebihan hak istimewa secara automatik berbanding keturunan pendatang malah seolah2 hidup secara sama taraf dengan pendatang.

4. Sedangkan sebenarnya keturunan pendatang ini adalah ibarat warganegara kelas 3 sahaja sepatutnya di Malaysia ini, bukan bersaing dalam Padang yang sama dengan penduduk asal.

5. PUTRA mahu mengembalikan status quo hak istimewa orang Melayu dan anak Negeri Sabah dan Sarawak sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

6. Oleh itu, PUTRA dengan ini meminta semua orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk memohon biasiswa, permit perniagaan dan kemudahan latihan kepada Agensi2 Kerajaan yang berkaitan.

7. Sekiranya permohonan itu di tolak, mohon Hubungi secara mesej whatsapp Sekretariat Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA di talian +60176635719.

8. Anda juga boleh meninggalkan mesej di laman Facebook Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA di pautan berikut https://www.facebook.com/Biro-Aduan-Awam-PUTRA-722635254839897/

9. Selepas menerima maklumat, PUTRA akan berbincang dengan tuan/Puan untuk mengambil tindakan undang2 terhadap Agensi2 Kerajaan yang tidak mematuhi Perkara 153 Perlembagaan ini.

10. Ini Negara asal milik Kita, bukan milik pendatang yang tidak pernah bersyukur menerima taraf warganegara.

11. Ini masanya Kita kuatkuasakan hak istimewa Kita di sisi perlembagaan.

https://malaysiagazette.com/…/jangan-layan-rakyat-sabah-sa…/

#RasisBeperlembagaan
#AkuTutupSekolahKau

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA
0129770412

MELAYU VS CINA & INDIA DI MAHKAMAH TINGGI.

Ketahuilah sesungguhnya DAP bekerjasama dengan Dong Zhong untuk mempertahankan Sekolah Vernakular ini adalah benar!

Bukti : Nie Ching berkata, DAP akan bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur bagi memastikan niat mencabar kedudukan sekolah Cina dan Tamil tidak kesampaian.

Ketahuilah bahawa pemimpin mereka mengesahkan Mahkamah Persekutuan tempoh hari belum membuat keputusan tentang kedudukan sekolah Vernakular dan bukanlah bermaksud berakhirnya cabaran terhadap keabsahan Sekolah Vernakular!

Buktinya: Naib Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Peng De Sheng berkata, pihak Mohd. Khairul Azam hanya melakukan kesilapan prosedur dan Mahkamah Persekutuan tidak menyatakan bahawa kedudukan sekolah Cina dan Tamil diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ketahuilah bahawa orang2 Melayu yang mahu kewujudan Sekolah 1 Aliran sahaja, tiada pilihan lain melainkan harus Bersatu sejak 2 minggu lepas bagi menghadapi Barisan Penyatuan masyarakat Cina di Mahkamah Tinggi pula nanti!

Buktinya : Beliau (Naib Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia) justeru meminta masyarakat Cina melakukan persiapan sepenuhnya bagi menghadapi cabaran lebih besar di Mahkamah Tinggi.

Ketahuilah NGO2 dan Pertubuhan2 Melayu bahawa Kita perlu kerahkan semua ahli masing2 untuk menghadapi NGO2 dan Pertubuhan Cina di Mahkamah Tinggi nanti!

Buktinya : Tambahnya, persatuan Cina jangan leka dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi perlu bersatu menghadapi pertubuhan dan individu yang mempertikaikan kedudukan sekolah vernakular.

“Jika digabungkan tenaga persatuan Cina dan India, ia akan memberi kesan positif kepada perjuangan pendidikan bahasa ibunda”

Ketahuilah orang Cina akan melakukan apa jua cara termasuk cara kekerasan untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka!

Buktinya: Jika dia mahu lakukan provokasi, maka kami pasti akan menggunakan sifat paling keras untuk mempertahankan hak belajar bahasa ibunda.

KESEMUA KENYATAAN BUKTI INI DI LAPORKAN MALAYSIAGAZETTE.COM DI PAUTAN INI.
https://malaysiagazette.com/…/cabar-kewujudan-sekolah-vern…/

WAHAI ORANG-ORANG MELAYU.

Hanya 3 Perkara yang saya mohon dari anda.

1. Doa
2. Kehadiran ke Mahkamah Tinggi nanti
3. Sumbangan Kewangan berterusan.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular Kini boleh di Bank in terus ke akaun AA Network Resources seperti poster di bawah atau di buat secara perbankan Internet dengan mengetip pautan ini :-

https://buzzeazam.com/…/mencabar-keabsahan-sekolah-vernaku…/

Terima kasih atas sumbangan anda.

Yang lain saya akan selesaikan.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
14 November 2019

Kata aluan Buzze Azam @ Pidato Putra Merdekakredit : minaq jinggo

Posted by ‎لن كيميكل‎ on Ahad, 25 Ogos 2019

HASUTAN BUZZE AZAM DI PIDATO PUTRA MERDEKA