Posts

Kenyataan Ketua Hakim Negara ini agak membimbangkan saya dan mungkin juga rakyat secara keseluruhannya – Buzze Azam

Sistem pelantikan Hakim ini dah ada sejak zaman BN dulu dan di teruskan di zaman PH ini tanpa sebarang reformasi di buat utk memulihkan keyakinan masyarakat terhadap konsep pengasingan kuasa antara eksekutif, legislatif dan kehakiman.

JIKA SAYA BERKUASA SUATU HARI NANTI, SAYA AKAN PINDA UNDANG2 LANTIKAN HAKIM INI.

1. YDPA hendaklah berkuasa melantik Hakim2 atas Nasihat JAC (Suruhanjaya Lantikan Kehakiman) selepas berunding dengan Majlis Raja2.

2. Perdana Menteri tiada apa2 peranan untuk menasihati YDPA.

3. Anggota JAC adalah terdiri daripada kesemua mantan2 Ketua Hakim Negara, mantan2 Hakim Besar Malaya, mantan2 Hakim Besar Sabah dan Sarawak, mantan2 Presiden Mahkamah Rayuan, Mantan2 Peguam Negara dan Mantan2 Presiden Majlis Peguam dan 3 ahli Parlimen yang di lantik oleh Speaker Dewan Rakyat setakat bilangan maksima 13 orang pada sesuatu masa.

Selagi PM ada kuasa menganggur seperti dalam laporan berita ini, bermaksud PM juga ada kuasa menggeleng.

Maka selagi reformasi ini tidak di lakukan, maka anggapan rakyat terhadap campurtangan politik dalam bidang kehakiman bukan suatu mitos.

https://www.thestar.com.my/…/cj-expresses-gratitude-to-dr-m…

P/S: Sila SS status ini dan tunjuk balik kat saya jika saya jadi PM suatu hari nanti.