Posts

Wahai Warga Nigeria

Wahai warga Nigeria, dengarlah juga luahan kami orang-orang Melayu di Malaysia.

1. Nenek moyang dan Datuk kami adalah penduduk asal di Tanah Melayu.

2. Sekitar tahun 1948-1957 dulu, mrk bekerja sebagai pesawah dan nelayan di kampung-kampung.

3. Mereka tak sedar pun penjajah British telah membawa masuk pendatang dari Tanah Besar China melalui sistem “kangchu” utk bekerja di lombong-lombong bijih timah di Malaya.

4. Mereka juga tidak tahu penjajah turut membawa masuk pendatang dari India melalui sistem “kanggani” untuk bekerja di ladang2 getah milik British di Malaya.

5. Nenek moyang kami tak tahu menahu pun tentang rancangan British membawa masuk jutaan pendatang asing ini untuk bekerja bagi kepentingan ekonomi British.

6. Tiba-tiba pada tahun 1955, ketika pilihanraya umum pertama Malaya, Tunku Abdul Rahman paksa nenek moyang kami bersetuju dengan dasar Umno utk memberikan taraf warganegara kepada pendatang asing.

7. Tok nenek kami di beritahu Kita kena Kasihan kpd kesusahan pendatang asing ni yang dah takde Tempat nak pergi bila Malaya Merdeka nanti dan atas dasar simpati, tok nenek kami pun terpaksa setuju lah dgn cadangan Tunku.

8. Tok nenek kami di beritahu Tunku bahawa sbg balasan Kita Beri taraf warganegara kpd pendatang, mrk akan iktiraf hak istimewa MELAYU, bahasa Melayu dan terima Raja2 Melayu sbg tanda kesetiaan mrk kpd Negara.

9. Jadi dalam tempoh 1957 hingga 1970, kira-kira 1.75 juta kaum pendatang mendapat taraf warganegara dengan di kecuali kan syarat fasih Berbahasa Melayu dan di kecuali kan ikrar taat Setia.

10. Tok nenek kami tak tahu rupanya Tunku dah tipu tok nenek kami dan melanggar peruntukan Perlembagaan krn syarat Wajib bahasa Melayu dan Wajib angkat Ikrar adalah syarat Perlembagaan yg Wajib di patuhi.

11. Kini selepas 62 tahun Malaya Merdeka, kami bangsa Melayu di tindas di Bumi sendiri, nak kerja payah sbb cicit pendatang yg dah jadi tokey besar kat sini syarat kan kena fasih bahasa mandarin sebelum boleh di terima kerja Pasang skru kat sykt mrk.

12. Mrk juga dah persoalkan hak istimewa MELAYU dan mrk enggan Berbahasa Melayu dlm urusan rasmi Kerajaan.

13. Kerajaan kami pun walaupun PM nya Melayu, tak kira lah krjn lama atau krjn baru, semua lembik tunduk pada tokey2 Cina dan kami kekurangan peluang kerja sbb tak mampu membayar rasuah kpd pegawai2 krjn dan org2 politik Melayu sptmana kemampuan sykt pendatang membayar rasuah kpd pemimpin kami yg korup.

14. Kami ingat tukar Kerajaan ni keadaan akan berubah, tapi lagi teruk kami kehilangan kerja dan kos hidup meningkat.

15. Kami nak meniaga air balang tepi Jalan pun kena halau mcm anjing sedangkan bangsa pendatang buat kanopi monkeytent tepi jalan pun takpa asalkan ada duit jolok kat penguatkuasa yg terdiri dari bangsa kami juga yg korup.

16. Jadi pendatang Nigeria sekelian, hangpa jangan mintak lebih2 la kat Negara ni.

17. Kami pun susah, hangpa nak senang mudah?

https://m.malaysiakini.com/news/483767

#RasisBerperlembagaan

Luahan rasa,

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)