Posts

DOKUMEN SAMAN PEMULA SAMAN KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR DI MAHKAMAH TINGGI

AFIDAVIT SOKONGAN SEKOLAH VERNAKULAR HC

 

SAMAN PEMULA MOHD KHAIRUL AZAM HIGH COURT

 

Antara laporan media adalah seperti berikut

https://www.sinarharian.com.my/article/62309/BERITA/Mahkamah/Peguam-sekali-lagi-cabar-sistem-sekolah-vernakular-di-Mahkamah-Tinggi

 

Berikut pula ialah rakaman sidang media pemfailan Saman Pemula memohon Perintah Deklarasi Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (yang memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan Sekolah Vernakular yang di kecualikan menggunakan bahasa kebangsaan untuk maksud rasmi) sebagai bertentangan dengan Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

 

[Kemaskini] – Selepas Hari Hujahan

Salam semua umat Melayu.

11 November 2019 ini jam 9 pagi di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, Hakim Besar Malaya YAA Tan Sri Dato Sri Azahar Bin Mohamed akan mengumumkan keputusan samada saya di berikan kebenaran oleh Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan cabaran saya mempersoalkan keabsahan penubuhan Sekolah Vernakular.

Ketika hari Hujahan di Mahkamah Persekutuan tempoh hari (4 November 2019) ramai juga kepimpinan NGO dan orang Melayu perseorangan hadir memberikan sokongan moral.

Saya pasti pada hari keputusan nanti, lebih ramai orang Melayu di perlukan hadir ke Mahkamah Persekutuan sebagai menunjukkan solidariti Kita bersama untuk berjuang mempersoalkan kedudukan sekolah Vernakular yang penubuhannya telah menyebabkan peruntukan ke Sekolah Agama Rakyat di kurang kan dan di had kan sedangkan hak peruntukan Sekolah2 Agama adalah jelas di jamin di bawah Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan.

Jom hadir beramai2 ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada hari Isnin depan 11 November 2019 jam 9 pagi.

Kepada Allah Kita berserah.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular Kini boleh di Bank in terus ke akaun AA Network Resources seperti poster di bawah atau di buat secara perbankan Internet dengan mengetip pautan ini :-

Tabung Perjuangan – Mencabar Keabsahan Sekolah Vernakular

Terima kasih atas sumbangan anda.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
6 November 2019

Hari ini aku famous di Akhbar Cina

Hari ini terpampang muka saya di hampir kesemua surat khabar Cina. Sebahagiannya melapor di muka hadapan.

Akhbar Berbahasa Melayu langsung tiada melaporkan kejadian di Mahkamah Persekutuan semalam.

Ini menunjukkan komuniti Cina memang serius mahu mempertahankan Sekolah jenis kebangsaan Cina daripada di isytiharkan sebagai tidak sah di sisi Perlembagaan.

Sebab itu kesemua Akhbar mereka melaporkan isu ini secara meluas.

Takpa lah.

Melayu main Tik tok.

Main pembaris.

Mengata Jho Lho dah jadi beruang.

Itu lebih penting utk Melayu.

Tak apa.

Saya terus ke Mahkamah.

11 November ini Mahkamah Persekutuan akan buat keputusan samada permohonan saya ini boleh terus di dengar di peringkat merit atau tidak.

Menjelang 11 November, Macam2 boleh berlaku dan akan berlaku.

INSYAALLAH.

Anda sokong Perjuangan ini???

Kepada Allah Kita berserah.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular Kini boleh di buat secara perbankan Internet dengan mengetip pautan ini :-

https://buzzeazam.com/product/mencabar-keabsahan-sekolah-vernakular/

Terima kasih atas sumbangan anda.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
5 November 2019