Posts

KEZALIMAN TERHADAP ORANG MELAYU DI KUNDANG.

1. Saya dan rombongan PUTRA telah menziarah mangsa2 perobohan rumah di Kampung Melayu Kundang semalam.

2. Saya juga telah menerima salinan kesemua kertas saman yang di failkan Kedua2 pihak dalam tindakan ini dan berdasarkan fakta2 yang telah saya Baca dan lihat berdasarkan hujah Kedua2 pihak, saya menyatakan fakta ya spt berikut :-

a) Penduduk telah meneroka Tanah Hutan tersebut utk pertanian dan Perumahan sejak tahun 1986.

b) Tanah tersebut adalah milik Kerajaan Negeri dan tiada sebarang rancangan Pembangunan di buat di Tanah tersebut pada tahun 1986.

c) PADA tahun 2010, wakil penduduk telah membuat carian dan rekod PTG tahun 2010 mengesahkan tiada pemilik berdaftar utk Tanah tsbt.

d) Dari tahun 1986, tiada sebarang larangan meneroka atau larangan membina penempatan di kawasan tersebut oleh Krjn Negeri.

e) Pada tahun 2010, penduduk memohon kepada PTG Gombak utk memohon Tanah Kerajaan untuk tujuan pertanian.

f) Permohonan di sokong Penghulu Mukim Rawang dan tiada sebarang penolakan permohonan di berikan PTG Gombak terhadap permohonan penduduk.

g) Bekalan api dan air juga di terima oleh penduduk sejak 1986 tanpa masalah dari pihak TNB dan Syabas.

h) Pada tahun 2013, seorang penduduk telah membuat semakan pelan di PTG Gombak dan rekod PTG Gombak tahun 2013 berkenaan masih menunjukkan Tanah tersebut masih tiada pemilik.

i) Pada pertengahan 2017, Wangsa Masyhur Sdn Bhd memfailkan permohonan milikan kosong Tanah dan Mahkamah memberi Perintah pelaksanaan pada 5.3.18.

j) WMSB mengaku telah memiliki Tanah tersebut dari krjn Negeri Selangor pada tahun 2002.

k) Walaubagaimanapun, penduduk mempersoalkan Mengapa tiada maklumat pemilikan di rekodkan di PTG Gombak pada tahun 2002 sedangkan semakan penduduk tahun 2010 dan 2013 masih tidak me rekodkan sebarang milikan.

l) WMSB menyatakan penduduk telah menceroboh Tanah mereka sedangkan fakta menunjukkan penduduk telah meneroka di situ sejak 1986 dan tiada sebarang Notis larangan atau pagar di bina atas Tanah tersebut oleh WMSB sejak 2002 hingga 2017.

ISU UNDANG-UNDANG

3. Benar pemilik Tanah berhak utk mendapatkan milikan kosong Tanah mereka.

4. Tetapi kenapa baru di tuntut sekarang? Selepas 17 tahun mrk di katakan memiliki ya?

5. Benarkan penduduk ini menceroboh Tanah itu sedangkan PTG Gombak pun tak pernah larang mereka meneroka dan menduduki Tanah tsbt?

6. Kenapa nak roboh kan 13 buah rumah tu sekarang dan ada 60 rumah lagi bakal di robohkan sedangkan Pembangunan yg di rancang akan di buat di situ hanya di jangka bermula tahun 2025?

7. Tak boleh ke sabar sikit, berunding elok2 sebelum suka suki mak bapak kau pegi roboh rumah orang?

8. Kalau binatang pun marah sarang mereka di ganggu, kau ingat penduduk ni patut sambut kehadiran jentolak kau dengan paluan kompang Bunga manggar dsb?

9. Semua ini adalah antara isu undang2 yang akan di Hujahkan saya di Mahkamah nanti.

10. Seeloknya Kerajaan Negeri masuk campur dan bantu wujud kan situasi menang2 di sini.

11. Kalau kuil Hindu Seafield krjn Negeri tolong, keluarga Bekas komunis di serendah MB sendiri turun bagi Geran, apakah Melayu di Kundang ni takde maruah langsung di layan sebegini?

12. Mrk ni bukan setinggan. Mereka dah teroka dan dah memohon duduk secara sah di situ dan takde sesiapa pernah melarang pendudukan mrk di situ.

13. Tiba2 je kau datang dengan jentolak nak roboh rumah orang.

14. PUTRA akan mempertahankan hak undang2 penduduk Melayu Kundang ini sehingga ke titisan air liur terakhir.

18. Alang2 menyeluk pekasam.

19. Biar sampai ke pangkal telinga.

Sekian terima kasih

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA
0129770412