Posts

Lama sangat bodohnya Tommy Thomas dalam mengendalikan kes jenayah

Kuliah undang2 percuma untuk rakyat Hakim Negara.

1. Saya nak komen hanya berkaitan Hujahan Tommy Thomas yang di laporkan menyatakan seperti berikut:-

“Sebagai tertuduh, dia akan dapat bersuara nanti, maka dia perlu benarkan versi pendakwaan diberitahu dahulu (ketika peringkat pendakwaan).

“Tiada guna mengkritik media, kerana mereka melaporkan versi kami. Tiba giliran pembelaan, dia (Najib) boleh memberikan versinya.

2. Saya taknak ulas berkaitan kandungan lain dalam pemberitaan ini. https://m.malaysiakini.com/news/484457

3. Hujahan TT ini menunjukkan walaupun selepas lebih 1 tahun menjadi Peguam Negara, TT yg tiada langsung pengalaman mengendalikan kes2 jenayah sepanjang karier kepeguaman beliau, beliau masih naif bab undang2 jenayah sekarang.

4. Utk pengetahuan TT, walaupun sekarang di peringkat pendakwaan membentangkan kes Prima facie terhadap tertuduh, Versi keterangan pembelaan tertuduh hendaklah di kemukakan dan di timbulkan oleh Peguambela tertuduh ketika menyoalbalas saksi2 pendakwaan.

5. Jadi kenyataan TT yg menyatakan bahawa “sekarang giliran kes kami dan media hanya melaporkan Versi kes kami manakala Versi pembelaan kamu boleh kamu ceritakan nanti semasa peringkat pembelaan kamu” adalah kenyataan BODOH dari seorang yang memegang jawatan sebagai PENDAKWARAYA.

6. Adalah hak undang2 pembelaan untuk meletakkan Versi keterangan pembelaan seawal Mungkin di peringkat kes pendakwaan ini bagi mengelakkan pembelaan terperangkap dengan pembelaan “afterthought” jika hanya di bangkitkan di peringkat pembelaan nanti.

7. Maksudnya, jika tertuduh ingin mengemukakan bukti alibi contohnya, bahawa beliau tiada di Tempat kejadian sepertimana pertuduhan, maka fakta keterangan alibi tertuduh hendaklah di kemukakan seawal Mungkin, bukan selepas pembelaan di panggil.

8. Jadi lama sangat bodohnya TT dalam mengendalikan kes jenayah.

9. Patut lah yg merogol indon Bebas, yang mendera indon Bebas, yang mengintai bawah skirt amoi kedai cermin mata Bebas, yang makan rasuah Jakel rm800k Bebas, yang di rasuah dgn banglo harga murah dari pasaran Bebas.

10. Dah Peguam Negara kita tau berjoget dgn siti kasim je.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara

Tommy Thomas menghina mahkamah

1. Dalam selang masa 2 hari, Tommy Thomas telah memulakan prosiding menghina Mahkamah ke atas 2 orang Peguam.

2. Ini adalah tindakan terdesak Tommy Thomas utk mendiamkan mulut Peguam2 yg sekadar menjalankan Amalkan professional dalam membela kes anakguam masing2.

3. Tun M menyatakan “Melayu Mudah Lupa”. Rupa2nya Tommy Thomas yang bukan Melayu juga mudah lupa.

4. Pada 23 April 2001 dulu, Tommy Thomas juga pernah di kenakan hukuman denda RM10, 000.00 kerana menghina Mahkamah.

Baca di sini https://m.malaysiakini.com/news/2284

 

5. Tommy Thomas juga hari ini buat2 lupa kenyataan media 8 Disember 1998 oleh Presiden Majlis Peguam ketika itu yg menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Majlis Peguam terhadap Peguam Zainur Zakaria dan Tommy Thomas yg di kenakan prosiding menghina Mahkamah ketika itu.

Baca di sini.

http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/contempt_cases_of_encik_zainur_zakaria_and_mr._tommy_thomas_.html

 

6. Tommy Thomas pasti terharu dgn kenyataan Malaysian Bar ketika itu yg menyatakan seperti berikut :-

“The Bar Council fully empathises with the petitioners and shares the sentiments of concern expressed by them regarding the issues raised by the case. The Bar Council agrees that the case raises fundamental questions of the right of a lawyer to act fearlessly on behalf of his client and the right to raise every issue and every argument in his client’s favour. The case also concerns the protection from liability in contempt of a solicitor for pleadings filed in court and the solicitor’s liability for an affidavit deposed by the client. Apart from these issues the case of both Encik Zainur Zakaria and Mr. Tommy Thomas also raises the question of the imposition of custodial sentences on lawyers for contempt of court. ”

7. Antara wira dan wirawati Majlis Peguam ketika itu pastilah Ambiga dan Siti Kassim.

8. Kini, selepas 21 tahun peristiwa silam berkenaan, Tommy Thomas pula menjadi Peguam Negara dan beliau pula seronok nak menghukum Peguam2 dgn tindakan menghina Mahkamah.

9. Benar beliau berhak di sisi undang2 untuk mengambil tindakan tersebut. Tetapi Ingat lah putaran roda kehidupan ini. What you give, you get back.

10. Ya saya pun berisiko akan di kenakan tindakan menghina Mahkamah selepas ini.

11. Namun telah saya katakan dari Awal, saya ni dah bersedia mati pada bila2 masa. Penjara Sg Buloh tidak menggentarkan saya.

12. Saya akan lawan hipokrasi kamu hingga ke titisan air liur terakhir.

What goes around, comes around.

 

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412