Posts

KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) 15 Januari 2020.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. PUTRA merujuk kepada surat dari Pejabat Timbalan KSU Kementerian Pendidikan bertarikh 13 Januari 2020.

2. PUTRA menyokong penuh kandungan surat berkenaan kerana ianya Selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan, Perkara 11(4) dan 12(3) Perlembagaan Persekutuan.

3. Perkara 3 Perlembagaan menyatakan bahawa Islam adalah ugama Persekutuan dan ugama-ugama lain boleh di Amalkan dengan  dan Damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

4. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan bahawa adalah menjadi kesalahan kepada mana2 penganut agama lain cuba menyebarkan agama mereka di kalangan umat Islam.

5. Perkara 12 (3) Perlembagaan Persekutuan pula menyatakan tiada mana2 orang boleh di paksa menyertai aktiviti keagamaan Selain daripada agamanya sendiri.

6. Apabila ketika-tiga peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini di Baca secara bersama ia bermaksud pihak Sekolah milik Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengadakan sebarang sambutan berkaitan keagamaan (selain daripada agama Islam) di sekolah dan (Jika di buat juga) hendaklah dibuat dalam keadaan aman dan Damai (tidak di lihat mengganggu kedudukan Islam sebagai ugama Persekutuan) dan hendaklah di buat secara kecil-kecilan (tidak berlebihan) serta tidak boleh di paksa kan murid2 beragama Islam dan yang yang bukan beragama Hindu untuk menyertai perayaan Ponggal berkenaan di sekolah.

7. Walaupun Ponggal di katakan bukan sambutan agama Namun Terdapat unsur-unsur penyembahan terhadap Dewa Hujan, Dewa Awan, Dewa Matahari dan Lembu yang boleh menyebabkan syirik di kalangan umat Islam.

8. Oleh itu, PUTRA percaya surat TKSU ini yang memetik keputusan JAKIM adalah bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan.

9. PUTRA memetik penghakiman YA Dato Mohd Noor Abdullah dalam kes Meor Atiqurahman v Fatimah Sihi yang menyatakan bahawa:-

“Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain. bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”

Sekian dan terima kasih.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
0129770412

1

Kenyataan Media berkaitan keputusan kes Saman vernakular di Mahkamah Persekutuan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

1. YAA Tan Sri Dato Seri Azahar Bin Mohammad pagi tadi telah membacakan teks alasan penghakiman beliau selama 43 minit dan 26 saat di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

2. Beliau telah menolak untuk memberi Kebenaran kepada Pemohon untuk memulakan tindakan ini di Mahkamah Persekutuan di bawah Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan kerana tindakan ini secara keseluruhannya adalah kelihatan berkaitan persoalan samada seksyen 17 dan seksyen 28 Akta Pendidikan 1996 adalah bertentangan (ultravires) dengan Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

3. Sekiranya itu adalah niat Pemohon maka tindakan ini hendaklah di mulakan di Mahkamah Tinggi mengikut Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu sekiranya sesuatu undang2 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka ianya adalah terbatal setakat yang berlawanan dengan Perlembagaan.

4. Cabaran mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan ini adalah cabaran yang di bolehkan apabila Parlimen tiada kuasa membuat undang2 tersebut, jika Parlimen atau Dewan Undangan Negeri masih membuat undang2 tersebut maka barulah Mahkamah Persekutuan boleh menggunakan bidang kuasa asalnya di bawah Perkara 4 (4).

5. Jika di perhatikan dalam item 13 Jadual ke Sembilan, ternyata Pendidikan dan segala hal berkaitan dengannya (termasuk menubuhkan Sekolah) adalah terkandung sebagai kuasa Parlimen untuk menggubalnya.

6. Jadi Pemohon tidak boleh di berikan kebenaran di bawah Perkara 4 (4) Perlembagaan untuk meneruskan cabaran ini di peringkat merit kerana forum yang sesuai untuk di bawa tindakan ini adalah di Mahkamah Tinggi Malaya, di bawah Perkara 4 (1) dan bukannya terus ke Mahkamah Persekutuan.

7. Maka atas alasan tersebut, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kebenaran (Leave) kepada Pemohon tanpa Kos.

8. Saya menerima baik keputusan YAA Hakim Mahkamah Persekutuan ini dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Peguam2 saya, Dato Shaharudin Ali, Aidil Khalid dan Hj Rahim Sinwan dan 5 lagi Peguam Firma saya kerana bertungkus lumus mengkaji, berbincang dan berhujah untuk penyediaan kes ini di Mahkamah Persekutuan.

9. Saya juga ucapkan terima kasih kepada Peguam2 Pemerhati yang hadir bersama ke Mahkamah tadi di ketuai Hanif Khatri, Dato Zainul Rijal, Dato Seri Zulkifli Nordin, Dato Reza Hassan, Zubir Embong, Harmy Yusoff dan ramai lagi yang terlibat sebagai Peguam Pemerhati bagi pihak GPMS, ISMA, MAPPIM, Prof Emeritus Dato Hashim Yaacob dan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

10. Terima kasih juga kepada semua yang hadir ke Mahkamah Persekutuan tadi daripada wakil2 NGO dan PUTRA.

11. Juga penghargaan Khas Kepada kesemua yang telah menyumbang Wang ringgit ke Tabung Perjuangan ini dan teruskan menyumbang kerana Perjuangan ini masih belum berakhir.

12. Saya di nasihatkan Peguam2 saya untuk menunggu Alasan Penghakiman rasmi daripada Mahkamah Persekutuan sebelum membuat apa2 tindakan lanjut.

13. Atas Nasihat Peguam2 saya, saya meminta semua pihak untuk bersabar kerana cabaran ini belum berakhir dan akan di mulakan kembali di Mahkamah Tinggi Malaya dengan tatacara dan Kaedah yang berbeza.

14. Tiada pihak yang menang atau kalah lagi dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini kerana isu substaintif dan merit (samada Sekolah jenis kebangsaan ini sah atau tidak di sisi perlembagaan) belum di putuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

15. Yang di putuskan hari ini hanyalah Mahkamah Persekutuan tidak memberikan kebenaran kepada Pemohon untuk memulakan tindakan ini terus ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4 (4) Perlembagaan Persekutuan.

16. Tanpa niat menghina Mahkamah, saya merezabkan ketepatan kenyataan media ini yang hanya di buat berdasarkan pemahaman dan pendengaran saya terhadap pengumuman keputusan Mahkamah tadi dan saya bertanggungjawab untuk memperbetulkan mana2 perenggan sekiranya Terdapat kekhilafan pada nya selepas sahaja saya menerima Alasan Penghakiman Rasmi daripada Mahkamah.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
11 November 2019
Bandar Baru Sentul KL
2.02 pm