Posts

“Saya menang, saya punya satu surat, 7 menteri turun”

Menganjeng bukan istilah rasmi. Tak wujud dlm kamus DBP.

“menganjeng” (mengikut definisi Opah saya) ianya adalah perbuatan seseorang kpd lawannya utk memadankan muka lawannya itu ibarat pulang paku buah keras.

Dlm isu tanglung ni, aku sebenarnya menganjeng korang je.

Sbb tu aku cakap #AkuDahMenang 

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina di sebuah sekolah di Puchong hari ini “mengisyhtiharkan kemenangan”.

“Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun…

I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

“I dah menang,” katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari ‘V’ kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini.

Ditanya maksud isyarat itu, beliau “victory” (kejayaan).

Pihak polis hari ini merakamkan kenyataanya di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

SKMM selepas itu turut merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, siasatan SKMM berkaitan isu lain, bukan berkaitan isu sekolah itu.

Difahamkan siasatan SKMM berkaitan tulisan Azam di Internet yang mempersoalkan saiz kubur Cina yang menurutnya besar dan “membazir tanah”.

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

Sementara itu, Khairul juga berkata dikehendaki hadi ke ibu pejabat polis daerah Serdang pula selepas itu.

 

Aduan Ibu Bapa berkaitan perhiasan sambutan Tahun Baru Cina di sekolah

Adalah kami merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA telah pun menerima aduan daripada ibu bapa berkaitan dengan perhiasan berkaitan sambutan perayaan tahun baru Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1.

3. Aduan-aduan yang kami terima menggambarkan rasa tidak selesa dan tidak senang hati ibu bapa berkaitan dengan perhiasan yang keterlaluan di sekolah Puan untuk sambutan perayaan tahun baru Cina 2020. Ada juga ibu bapa yang membayangkan keadaan Sekolah yang seolah-olah telah di hias seumpama gedung perniagaan milik China dan terdapat unsur-unsur keagamaan Selain Agama Islam yang telah mendatangkan perasaan tidak aman dan Damai di kalangan pelajar beragama Islam dan bertentangan dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di lampirkan gambar-gambar perhiasan yang di maksudkan di sekolah Puan.

4. Selanjutnya, PUTRA juga menyatakan bahawa tindakan Puan membenarkan perhiasan berlebihan untuk perayaan agama masyarakat Cina ini di sekolah Awam juga adalah bertentangan dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa “tiada sesiapa boleh menerima apa2 ajaran agama atau menyertai apa2 Amalan agama Selain ugamanya sendiri”.

5. Selanjutnya, tindakan Puan ini juga adalah satu bentuk penyebaran dakyah agama lain di kalangan pelajar beragama Islam yang bertentangan dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

6. PUTRA dengan ini memberikan masa 3 hari kepada Puan daripada Tarikh surat ini untuk menurunkan semula kesemua perhiasan perayaan keagamaan kaum Cina di SMK Pusat Bandar Puchong 1.

7. Sekiranya pihak Puan enggan untuk berbuat demikian, kami akan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Aduan Awam dan Undang-undang PUTRA
0129770412

vernakular

DOKUMEN SAMAN PEMULA SAMAN KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR DI MAHKAMAH TINGGI

AFIDAVIT SOKONGAN SEKOLAH VERNAKULAR HC

 

SAMAN PEMULA MOHD KHAIRUL AZAM HIGH COURT

 

Antara laporan media adalah seperti berikut

https://www.sinarharian.com.my/article/62309/BERITA/Mahkamah/Peguam-sekali-lagi-cabar-sistem-sekolah-vernakular-di-Mahkamah-Tinggi

 

Berikut pula ialah rakaman sidang media pemfailan Saman Pemula memohon Perintah Deklarasi Mahkamah Tinggi untuk mengisytiharkan Seksyen 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (yang memberikan kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menubuhkan Sekolah Vernakular yang di kecualikan menggunakan bahasa kebangsaan untuk maksud rasmi) sebagai bertentangan dengan Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

 

MELAYU VS CINA & INDIA DI MAHKAMAH TINGGI.

Ketahuilah sesungguhnya DAP bekerjasama dengan Dong Zhong untuk mempertahankan Sekolah Vernakular ini adalah benar!

Bukti : Nie Ching berkata, DAP akan bekerjasama dengan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa Kuala Lumpur bagi memastikan niat mencabar kedudukan sekolah Cina dan Tamil tidak kesampaian.

Ketahuilah bahawa pemimpin mereka mengesahkan Mahkamah Persekutuan tempoh hari belum membuat keputusan tentang kedudukan sekolah Vernakular dan bukanlah bermaksud berakhirnya cabaran terhadap keabsahan Sekolah Vernakular!

Buktinya: Naib Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia, Peng De Sheng berkata, pihak Mohd. Khairul Azam hanya melakukan kesilapan prosedur dan Mahkamah Persekutuan tidak menyatakan bahawa kedudukan sekolah Cina dan Tamil diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan.

Ketahuilah bahawa orang2 Melayu yang mahu kewujudan Sekolah 1 Aliran sahaja, tiada pilihan lain melainkan harus Bersatu sejak 2 minggu lepas bagi menghadapi Barisan Penyatuan masyarakat Cina di Mahkamah Tinggi pula nanti!

Buktinya : Beliau (Naib Pengerusi Majlis Bahasa Cina Malaysia) justeru meminta masyarakat Cina melakukan persiapan sepenuhnya bagi menghadapi cabaran lebih besar di Mahkamah Tinggi.

Ketahuilah NGO2 dan Pertubuhan2 Melayu bahawa Kita perlu kerahkan semua ahli masing2 untuk menghadapi NGO2 dan Pertubuhan Cina di Mahkamah Tinggi nanti!

Buktinya : Tambahnya, persatuan Cina jangan leka dengan keputusan Mahkamah Persekutuan, tetapi perlu bersatu menghadapi pertubuhan dan individu yang mempertikaikan kedudukan sekolah vernakular.

“Jika digabungkan tenaga persatuan Cina dan India, ia akan memberi kesan positif kepada perjuangan pendidikan bahasa ibunda”

Ketahuilah orang Cina akan melakukan apa jua cara termasuk cara kekerasan untuk mempertahankan bahasa ibunda mereka!

Buktinya: Jika dia mahu lakukan provokasi, maka kami pasti akan menggunakan sifat paling keras untuk mempertahankan hak belajar bahasa ibunda.

KESEMUA KENYATAAN BUKTI INI DI LAPORKAN MALAYSIAGAZETTE.COM DI PAUTAN INI.
https://malaysiagazette.com/…/cabar-kewujudan-sekolah-vern…/

WAHAI ORANG-ORANG MELAYU.

Hanya 3 Perkara yang saya mohon dari anda.

1. Doa
2. Kehadiran ke Mahkamah Tinggi nanti
3. Sumbangan Kewangan berterusan.

Sumbangan untuk Tabung Perjuangan mencabar Sekolah Vernakular Kini boleh di Bank in terus ke akaun AA Network Resources seperti poster di bawah atau di buat secara perbankan Internet dengan mengetip pautan ini :-

https://buzzeazam.com/…/mencabar-keabsahan-sekolah-vernaku…/

Terima kasih atas sumbangan anda.

Yang lain saya akan selesaikan.

#RasisBeperlembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
0129770412
14 November 2019