Posts

Buzze Azam Menulis

Tommy Thomas Mulakan Prosiding Menghina Mahkamah

1. Dalam selang masa 2 hari, Tommy Thomas telah memulakan prosiding menghina Mahkamah ke atas 2 orang Peguam.

2. Ini adalah tindakan terdesak Tommy Thomas utk mendiamkan mulut Peguam2 yg sekadar menjalankan Amalkan professional dalam membela kes anakguam masing2.

3. Tun M menyatakan “Melayu Mudah Lupa”. Rupa2nya Tommy Thomas yang bukan Melayu juga mudah lupa.

4. Pada 23 April 2001 dulu, Tommy Thomas juga pernah di kenakan hukuman denda RM10, 000.00 kerana menghina Mahkamah.

Baca di sini https://m.malaysiakini.com/news/2284

5. Tommy Thomas juga hari ini buat2 lupa kenyataan media 8 Disember 1998 oleh Presiden Majlis Peguam ketika itu yg menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Majlis Peguam terhadap Peguam Zainur Zakaria dan Tommy Thomas yg di kenakan prosiding menghina Mahkamah ketika itu.

Baca di sini.

http://www.malaysianbar.org.my/…/contempt_cases_of_encik_za…

6. Tommy Thomas pasti terharu dgn kenyataan Malaysian Bar ketika itu yg menyatakan seperti berikut :-

“The Bar Council fully empathises with the petitioners and shares the sentiments of concern expressed by them regarding the issues raised by the case. The Bar Council agrees that the case raises fundamental questions of the right of a lawyer to act fearlessly on behalf of his client and the right to raise every issue and every argument in his client’s favour. The case also concerns the protection from liability in contempt of a solicitor for pleadings filed in court and the solicitor’s liability for an affidavit deposed by the client. Apart from these issues the case of both Encik Zainur Zakaria and Mr. Tommy Thomas also raises the question of the imposition of custodial sentences on lawyers for contempt of court. ”

7. Antara wira dan wirawati Majlis Peguam ketika itu pastilah Ambiga dan Siti Kassim.

8. Kini, selepas 21 tahun peristiwa silam berkenaan, Tommy Thomas pula menjadi Peguam Negara dan beliau pula seronok nak menghukum Peguam2 dgn tindakan menghina Mahkamah.

9. Benar beliau berhak di sisi undang2 untuk mengambil tindakan tersebut. Tetapi Ingat lah putaran roda kehidupan ini. What you give, you get back.

10. Ya saya pun berisiko akan di kenakan tindakan menghina Mahkamah selepas ini.

11. Namun telah saya katakan dari Awal, saya ni dah bersedia mati pada bila2 masa. Penjara Sg Buloh tidak menggentarkan saya.

12. Saya akan lawan hipokrasi kamu hingga ke titisan air liur terakhir.

What goes around, comes around.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412

Buzze Azam VS Bar Council

Hadkan kuasa Majlis Peguam supaya lebih adil

Channel : Kini TV

Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa Majlis Peguam bertindak seperti biro guaman Pakatan Rakyat kerana sering mengeluarkan kenyataan pro-pembangkang.

Buzze Azam VS Bar Council

Rakaman Bantahan campur tangan politik didalam Majlis peguam

Channel : Mahadi Mahbol

Mohd Khairul Azam ( Buzze Azam ) telah menghantar surat bantahan kepada majlis peguam dengan menyatakan bahawa Majlis Peguam tidak perlukan campurtangan mana-mana parti politik. Beliau membuat bantahan berikutan dengan kehadiran Timbalan setiausaha PKR – Steven Choong didalam kursus ” yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

Buzze Azam VS Bar Council

#BersihkanBarCouncil

Channel : Intan Rahim

Sidang Media Peguam Buzze Azam..mengenai kepincangan didalam Pilihanraya Bar Council…Walaupun Kalah..Kalah dengan Bergaya.

Buzze Azam VS Bar Council

Bar Council tutup pintu ketika bantahan campurtangan politik didalam Bar Malaysia

Channel : Mahadi Mahbol

Pada ketika Saudara Khairul Azam tiba di Bangunan Bar Council pada hari Isnin (25 Februari 2013 ) yang lepas, BAR COUNCIL TELAH MENUTUP PINTU. Tindakan ini adalah bertentangan dengan dasar transparensi yang DIPERJUANGKAN OLEH MAJLIS PEGUAM MELALUI JAWATAN KUASA-JAWATAN KUASA DIBAWAH BADAN PEGUAM.

Buzze Azam VS Bar Council

Kenyataan Azam Mengenai Saman Bar Council

Channel : KLXpress

Saudara Azam Aziz hari ini telah menghantar notis berkenaan Majlis Peguam supaya disiasat oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail mengikut Legal Profession Act 976 (ACT 166) di bawah seksyen 46a(c)(iii).

Buzze Azam VS Bar Council

Malaysian Bar Council Telah Dikuasai Pembangkang

Channel : KLXpress

Peguam Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz ketika sidang media di mahkamah tinggi Kuala Lumpur menyatakan bahawa ramai peguam tidak bersetuju dengan tindakan Bar Council mengadakan mesyuarat tergempar yang menyalahi perlembagaan dan apabila ditanya mengenai pendapat peribadi beliau tentang Bar Council yang seakan berat sebelah kepada Pembangkang.