Posts

Buzze Azam Menulis

Tommy Thomas Mulakan Prosiding Menghina Mahkamah

1. Dalam selang masa 2 hari, Tommy Thomas telah memulakan prosiding menghina Mahkamah ke atas 2 orang Peguam.

2. Ini adalah tindakan terdesak Tommy Thomas utk mendiamkan mulut Peguam2 yg sekadar menjalankan Amalkan professional dalam membela kes anakguam masing2.

3. Tun M menyatakan “Melayu Mudah Lupa”. Rupa2nya Tommy Thomas yang bukan Melayu juga mudah lupa.

4. Pada 23 April 2001 dulu, Tommy Thomas juga pernah di kenakan hukuman denda RM10, 000.00 kerana menghina Mahkamah.

Baca di sini https://m.malaysiakini.com/news/2284

5. Tommy Thomas juga hari ini buat2 lupa kenyataan media 8 Disember 1998 oleh Presiden Majlis Peguam ketika itu yg menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Majlis Peguam terhadap Peguam Zainur Zakaria dan Tommy Thomas yg di kenakan prosiding menghina Mahkamah ketika itu.

Baca di sini.

http://www.malaysianbar.org.my/…/contempt_cases_of_encik_za…

6. Tommy Thomas pasti terharu dgn kenyataan Malaysian Bar ketika itu yg menyatakan seperti berikut :-

“The Bar Council fully empathises with the petitioners and shares the sentiments of concern expressed by them regarding the issues raised by the case. The Bar Council agrees that the case raises fundamental questions of the right of a lawyer to act fearlessly on behalf of his client and the right to raise every issue and every argument in his client’s favour. The case also concerns the protection from liability in contempt of a solicitor for pleadings filed in court and the solicitor’s liability for an affidavit deposed by the client. Apart from these issues the case of both Encik Zainur Zakaria and Mr. Tommy Thomas also raises the question of the imposition of custodial sentences on lawyers for contempt of court. ”

7. Antara wira dan wirawati Majlis Peguam ketika itu pastilah Ambiga dan Siti Kassim.

8. Kini, selepas 21 tahun peristiwa silam berkenaan, Tommy Thomas pula menjadi Peguam Negara dan beliau pula seronok nak menghukum Peguam2 dgn tindakan menghina Mahkamah.

9. Benar beliau berhak di sisi undang2 untuk mengambil tindakan tersebut. Tetapi Ingat lah putaran roda kehidupan ini. What you give, you get back.

10. Ya saya pun berisiko akan di kenakan tindakan menghina Mahkamah selepas ini.

11. Namun telah saya katakan dari Awal, saya ni dah bersedia mati pada bila2 masa. Penjara Sg Buloh tidak menggentarkan saya.

12. Saya akan lawan hipokrasi kamu hingga ke titisan air liur terakhir.

What goes around, comes around.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412

Buzze Azam VS Bar Council

Hadkan kuasa Majlis Peguam supaya lebih adil

Channel : Kini TV

Pengamal undang-undang Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa Majlis Peguam bertindak seperti biro guaman Pakatan Rakyat kerana sering mengeluarkan kenyataan pro-pembangkang.

Buzze Azam VS Bar Council

Demonstrasi Bersihkan Bar Council

Channel : Lensa Kini

Satu desakan terhadap Majlis Peguam atau Bar Council pada 23 Jan 2013 jam 12.30pm yang bertempat di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. Serentak di 10 buah negeri, 20 NGO dan 9 tuntutan agar mereka kembali kepada tujuan asal penubuhannnya yang mana sepatutnya Bar Council ini memberi tunjuk ajar dan membantu rakyat dalam mendapatkan pandangan tentang selok belok mengenai hukum undang-undang di Malaysia.

Namun kini bar council dilihat terlampau banyak berpolitik dan langsung mengabaikan kepentingan sosial rakyat dan lebih banyak mengutamakan keuntungan politik berbanding memberi perkhidmatan pada rakyat. Satu memorandum telah di serahkan bagi tujuan nasihat dan mengingatkan Bar Council agar jangan lupa fungsinya pada masyarakat.