Posts

CINA TAK BOLEH BERBAHASA MELAYU WAJAR DILUCUTKAN KEWARGANEGARAAN

Imej mungkin mengandungi: teks

1. Saya merujuk kepada laporan berita bahawa ramai pemandu grab dari kaum bukan Melayu telah gagal melepasi ujian PSV atas alasan tidak memahami kertas ujian yang di buat dalam bahasa Melayu.

2. Berita itu memetik kenyataan spt berikut “Additionally, Chong said language barriers contribute to drivers’ high failure rate for the PSV licence test.

He explained that test and training are conducted in Bahasa Malaysia (BM) and it has posed an issue for the non-native speaking drivers.

“We have noticed because that the test is in BM, the failing rate is fairly high, especially for the Chinese-speaking drivers. Even though by right they should know the language as most of them speak the language, but it tend to be harder for them to read,” he said.

3. PUTRA merujuk kepada Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan berkaitan pemberian taraf warganegara kepada pendatang bukan Melayu yang di buat pada tahun 1957 dahulu.

4. Antara syarat utama yang di tetapkan dalam pemberian kewarganegaraan adalah kebolehan Berbahasa Melayu.

5. Kegagalan Generasi pendatang yang pernah di berikan kewarganegaraan Malaya dulu untuk memahami dan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu pada tahun 2019 ini amat lah membimbangkan dan menyedihkan.

6. Kegagalan warganegara Malaysia untuk Berbahasa Melayu adalah satu penghinaan terhadap kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan menurut Perkara 152 Perlembagaan.

7. PUTRA percaya kegagalan mereka berkomunikasi dalam bahasa Kebangsaan adalah natijah sistem Pendidikan Vernakular yang mereka pelajari di samping pekerjaan selepas Sekolah yang mementingkan bahasa mandarin dan kantonis sbg syarat untuk mengasingkan mereka dari pekerja bukan berbangsa Cina.

8. Di sebabkan tiada ruang mereka bergaul dengan rakyat berbangsa lain, maka apabila di berhenti kan kerja, mereka memilih membawa grab dan terbongkar lah kegagalan mereka Berbahasa Melayu seperti pendedahan ini.

9. PUTRA dengan ini komited untuk mengadakan semula ujian kompetensi Berbahasa Melayu untuk semua rakyat Malaysia seandainya PUTRA di beri kepercayaan sebagai Kerajaan Malaysia nanti.

10. Bagi sesiapa yang gagal ujian kompetensi Bahasa Melayu ini, PUTRA akan memulakan prosiding menarik balik kewarganegaraan yang pernah tersilap di berikan kepada mereka suatu ketika dahulu.

Sekian

#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)