Buzze Azam Menulis

Suasana Islam di New Zealand

  1. Siapa umat Islam yang tidak gembira dengan suasana Islam yang sedang “di raikan” di New Zealand sekarang?
  2. Bermula dari bacaan doa dan ayat-ayat suci Al-Quran di Parlimen New Zealand sehinggalah rakyat beragama Kristian memenuhi masjid dan surau untuk menjaga keselamatan umat Islam yang sedang bersolat jemaah.
  3. Termasuk minat mereka mendalami Islam dan pastinya ada yang memeluk Islam selepas mendapat hidayah Allah berikutan dari tragedi berdarah ini.
  4. Perdana Menteri New Zealand kelihatan ayu memakai tudung ketika menziarah mangsa-mangsa kejadian.
  5. Mengapa ini berlaku?
  6. Pada pandangan saya, masyarakat New Zealand ingin meraikan kebebasan beragama dan menghormati amalan kepelbagaian agama.
  7. Mereka juga tidak mahu di lihat mendiskriminasikan Islam kerana mereka sedar jika mereka tidak kelihatan berbuat demikian maka  kejadian yang sama mungkin akan berulang dan lebih teruk lagi, umat Islam di New Zealand pula berkemungkinan akan bertindak balas terhadap penganut agama Kristian.
  8. Inilah kebijaksanaan kepimpinan New Zealand mengawal keadaan.
  9. Kerajaan Malaysia perlu belajar daripada kebijaksanaan kerajaan New Zealand mengawal situasi sebegini.
  10. Dalam keadaan mereka sedang “memujuk” umat Islam, tidak pula kelihatan mereka menyakitkan hati penganut agama Kristian.
  11. Di Malaysia, sebuah negara umat Islam tetapi dalam apa jua keadaan kelihatan umat Islam di paksa untuk beralah dan menerima kenyataan bahawa jangan kita menyakiti penganut agama lain. Mereka buat kita, tak apa lah.
  12. Kita sakit?  sabar saja lah.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *