“Saya menang, saya punya satu surat, 7 menteri turun”

Menganjeng bukan istilah rasmi. Tak wujud dlm kamus DBP.

“menganjeng” (mengikut definisi Opah saya) ianya adalah perbuatan seseorang kpd lawannya utk memadankan muka lawannya itu ibarat pulang paku buah keras.

Dlm isu tanglung ni, aku sebenarnya menganjeng korang je.

Sbb tu aku cakap #AkuDahMenang 

—————————————————————————————————————————————————————————————————-

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mencetuskan kontroversi hiasan tahun baru Cina di sebuah sekolah di Puchong hari ini “mengisyhtiharkan kemenangan”.

“Saya sudah menang sebab saya satu surat, tujuh menteri turun…

I (saya) punya satu surat turun tanglung, tujuh menteri turun untuk naikkan balik itu tanglung.

“I dah menang,” katanya yang juga naib presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan pemimpin lantang Ibrahim Ali.

Khairul berkata demikian selepas memberi isyarat jari ‘V’ kepada petugas media di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini.

Ditanya maksud isyarat itu, beliau “victory” (kejayaan).

Pihak polis hari ini merakamkan kenyataanya di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya.

SKMM selepas itu turut merakamkan kenyataannya. Bagaimanapun, siasatan SKMM berkaitan isu lain, bukan berkaitan isu sekolah itu.

Difahamkan siasatan SKMM berkaitan tulisan Azam di Internet yang mempersoalkan saiz kubur Cina yang menurutnya besar dan “membazir tanah”.

Beliau sebelum ini menulis surat bantahan kepada pengetua SMK Pusat Bandar Puchong 1.

Di tengah-tengah kontroversi, tujuh menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail, turun padang bagi menyatakan sokongan kepada usaha memupuk perpaduan sekolah yang mempunyai murid pelbagai kaum itu.

Sementara itu, Khairul juga berkata dikehendaki hadi ke ibu pejabat polis daerah Serdang pula selepas itu.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *