1. Saya baru di tunjukkan dengan surat tawaran kepada salah seorang penyewa yg di halau keluar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran Mahkamah.

2. Saya percaya bahawa kesemua penyewa menerima surat yg sama ketika mula2 di tawarkan rumah berkenaan.

3. Tawaran ini hanya untuk 5 tahun berakhir 2011. Walaubagaimanapun, perenggan 4 secara jelas menyatakan bahawa dalam tempoh 5 tahun berkenaan, penyewa di minta utk meningkatkan kemampuan diri dan membeli rumah sendiri.

4. Secara tersiratnya, perenggan 4 ini bukan Fasal Wajib tetapi hanya berstatus Sunat. Jika tak mampu membeli rumah sendiri maka tawaran ini terus berkuatkuasa dan sebab Itulah mrk terus di benarkan tinggal di situ sehingga tahun 2019 walaupun sebenarnya kalau Kerajaan Negeri nak tamatkan tawaran, ianya sepatutnya dah di lakukan tahun 2011 dulu lagi dgn memberikan Notis 3 bulan.

5. Penyewa mempunyai legitimate expectation dari segi undang2 common law utk terus menyewa di situ.

6. Tiada syarat Pendapatan minima RM1500 di nyatakan dlm surat tawaran berkenaan.

7. Juga tiada syarat tidak boleh berkahwin dgn warga asing jika mahu menyewa di situ.

8. Syarat2 utk menduduki rumah ada di nyatakan dalam perenggan 3.

9. Tiada syarat yg melarang penyewa menaiki penerangan kelas business ke Sri Lanka.

10. Kita jumpa di Mahkamah minggu depan.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412