PERMOHONAN BAPA ALLAHYARHAM ADIB UNTUK PROSIDING MENGHINA MAHKAMAH OLEH PEGUAM NEGARA

KENYATAAN MEDIA PUTRA BERKAITAN PERMOHONAN BAPA ALLAHYARHAM ADIB UNTUK PROSIDING MENGHINA MAHKAMAH OLEH PEGUAM NEGARA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. Mahkamah Koroner akan membuat keputusan pada hari Rabu minggu hadapan samada untuk menamatkan prosiding Inkues atau meneruskan memanggil saksi tambahan dan samada untuk mendengar permohonan Bapa Allahyarham untuk memulakan prosiding menghina Mahkamah ke atas Peguam Negara.

2. PUTRA Menyokong penuh jika Mahkamah memanggil Tommy Thomas untuk memberikan tunjuk sebab Mengapa beliau tidak boleh di kenakan tindakan menghina Mahkamah.

3. Umum mengetahui bahawa ketika prosiding Inkues Adib masih berjalan, secara tiba-tiba di laporkan pihak pengurusan kuil Sri Mariamman telah menarik balik Rayuan mereka di Mahkamah Rayuan dan Peguam pihak kuil memberikan alasan penarikan balik Rayuan berkenaan adalah Berikutan pemfailan satu afidavit Jawapan oleh Jabatan Peguam Negara yang menyatakan bahawa Adib mati akibat di langgar van EMRS dan bukannya sebab di belasah.

4. Selepas berita ini tersebar, masyarakat Sivil telah mempersoalkan tindakan Peguam Negara mengarahkan pemfailan afidavit berkenaan dalam keadaan prosiding Inkues Adib masih belum berakhir dan Hakim Inkues masih belum membuat keputusan berkaitan punca sebenar kematian Allahyarham.

5. Umum melihat tindakan Peguam Negara yang mengikrarkan satu afidavit bersifat pramatang dan mendahului keputusan Mahkamah adalah satu bentuk jenayah penghinaan kepada Mahkamah.

6. Jadi tindakan bapa Allahyarham mengarahkan permohonan prosiding menghina Mahkamah ini amat lah bertepatan dengan kebimbangan netizen yang melihat terlalu banyak campurtangan tak wajar dari Peguam Negara terhadap prosiding Inkues ini yang seolah-olah mahu membimbing Hakim Koroner agar membuat keputusan Selaras dengan Pendapat pramatang Peguam Negara tersebut.

7. PUTRA mendesak agar tiada tangan-tangan politik cuba untuk mempengaruhi Hakim bagi menentukan samada prosiding menghina Mahkamah ini patut atau tidak patut di mulakan terhadap Peguam Negara dan rakyat akan memerhatikan dengan penuh minat perkembangan kes ini.

8. PUTRA mengimbas kembali peristiwa pada tahun 1998 di mana Tommy Thomas ketika itu telah di jatuh kan hukuman Penjara dan denda oleh Hakim RK Nathan kerana kenyataan beliau yang menghina Mahkamah. Rujuk di pautan ini https://m.malaysiakini.com/news/473583

9. Jadi Tommy Thomas yang pernah di rekod kan pernah di sabit kan kesalahan jenayah menghina Mahkamah perlu sekali lagi di hadapkan untuk pertuduhan yang sama.

10. Keadilan untuk Allahyarham Adib bukan sahaja untuk keluarganya malah seluruh rakyat Malaysia yang bersedih dan memerhatikan samada kematian seorang wira Negara akan mendapat pembelaan sewajarnya atau kematian itu di manipulasikan untuk kepentingan kaum dan agama tertentu sahaja.

11. PUTRA Menyokong pasukan Peguam keluarga Adib dan mendoakan kelancaran lidah mereka untuk berhujah menentang penguasa yang sedang mabuk kuasa dan yang cenderung menyalahgunakan kuasa mereka untuk mengekalkan autoriti mereka yang bersifat sementara.

Sekian terima kasih

PUTRA PERKASA NEGARA
#RasisBerpelembagaan

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang dan Pengaduan Awam PUTRA
18 Julai 2019

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *