MAJLIS PELANCARAN PARTI PUTRA PADA 28 SEPTEMBER 2019

Salam buat semua rakan fb dan whatsapp saya, yang telah mengikuti perkembangan saya sejak kes Low Yatt 3 tahun lepas sehingga Kini, saya dengan ini menjemput anda semua hadir ke Majlis Pelancaran Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) PADA hari Sabtu ini, 28 September 2019 di Padang bola Kg Baru (Belakang Bangunan Perkeso Jalan Tun Razak) bermula jam 3 pm.

PUTRA adalah wadah politik yang saya pilih untuk meneruskan Perjuangan #RasisBerpelembagaan saya selama ini.

PUTRA bukan untuk memecahbelahkan umat tetapi sebagai saluran alternatif utk orang Melayu yang masih belum menyertai mana2 Parti politik Melayu sedia ada.

Kita memperjuangkan apa yang tidak di perjuangkan oleh Parti2 politik Melayu Islam yg lain.

Contohnya, PUTRA memperjuangkan Sekolah 1 aliran saja dan ini tidak kedengaran sebagai Perjuangan Parti2 politik lain yang masih mahu berkompromi dengan Parti politik bukan Melayu.

PUTRA buat masa ini berdiri sendiri, tanpa mahu berkompromi dengan Parti2 bukan Melayu dan PUTRA adalah satu2nya Parti politik yang tidak malu mengaku Rasis.

Jadi Inilah beza PUTRA dengan Parti2 politik yang lain dan anda boleh memilih utk Menyokong atau tidak Menyokong pendekatan #RasisBerpelembagaan PUTRA ini.

Jumpa anda di Kg Baru Sabtu ini.

Sekian Salam hormat.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *