
- Kontrak Sosial ini adalah satu teori falsafah dalam ilmu Sosiologi dan di pelopori oleh ahli-ahli falsafah terkemuka dunia seperti Hugo Grotius (1625), Thomas Hobbes (1651), Samuel von Pufendorf (1673), John Locke (1689), Jean-Jacques Rousseau (1762) dan Immanuel Kant (1797).
- Jika di baca teori sejarah berkaitan Kontrak Sosial ini, ianya adalah berkaitan beberapa konsep tatacara bernegara yang akan di pilih oleh kepimpinan sebelum kewujudan Negara itu sendiri.
- Kontrak Sosial ini wujud sebelum Perlembagaan itu di kanunkan untuk mentadbir sesebuah negara.
- Sebahagian prinsip Kontrak Sosial ini akan di kanunkan sebagai undang-undang manakala sebahagian lagi akan menjadi adat dan budaya sesebuah negara yang terpakai dan di amalkan walaupun tidak di kanunkan.
- Kontrak Sosial ini dalam konteks Malaysia adalah bagaimana orang Melayu boleh menerima kaum pendatang dari China dan India sebagai warganegara dan membina negara baru yang di namakan Persekutuan Tanah Melayu (MALAYA).
- Persetujuannya adalah jika kaum pendatang mahu di terima sebagai warganegara, kaum pendatang ini wajib menerima Islam sebagai Agama Persekutuan, Yang Di Pertuan Agong sebagai Ketua Negara, Hak Keistimewaan Orang Melayu di iktiraf dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
- Apabila semua kaum telah bersetuju maka termeterailah Perlembagaan Persekutuan 1957 oleh Suruhanjaya Reid yang memasukkan kesemua elemen tradisi yang menjadi asas Kontrak Sosial berkenaan.
- Adalah menjadi prinsip asas mana-mana Kontrak bahawa kesemua pihak yang bersetuju dengannya adalah mengikat kesemua pihak dan keturunannya sehingga kontrak itu terbatal atau di batalkan.
- Orang Melayu tiada masalah untuk membatalkan Kontrak Sosial yang pernah di persetujui dahulu.
- Syaratnya, kewarganegaraan yang pernah di berikan dahulu kepada pendatang juga perlu di batalkan.
https://buzzeazam.com/wp-content/uploads/2019/03/buzze-post-thumbnail1.png
400
400
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz
https://buzzeazam.com/wp-content/uploads/2019/10/WhatsApp-Image-2019-10-30-at-5.15.33-PM.jpeg
Mohd Khairul Azam Abdul Aziz2019-03-25 19:10:382019-03-25 23:42:23Kontrak Sosial boleh di batalkan oleh orang Melayu
Istilah “cina” dan “India” pun tiada dalam Perlembagaan...
Mata seorang Rasis saja melihat semuanya sebagai Rasis
Scroll to top
Leave a Reply
Want to join the discussion?Feel free to contribute!