Kes pengusiran 7 keluarga PPR Kg Manggis Pulau Pinang telah di lakukan oleh Kerajaan Negeri secara bertentangan dengan rule of Law.

Mengikut undang2, tuan rumah boleh mengusir penyewa, menukar kunci dsb HANYA SELEPAS MENDAPAT PERINTAH MAHKAMAH.

Seksyen 7(2) Akta Relif Spesifik 1950 menyatakan bahawa :-

(2) Jika sesuatu harta tak alih Spesifik telah disewakan menurut sesuatu penyewaan, dan penyewaan itu ditamatkan atau telah berakhir, tetapi penghuni itu masih terus menduduki harta itu atau bahagiannya, maka orang yang berhak kepada pemilikan harta itu tidaklah boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkannya kembali terhadap penghuni itu melainkan dengan prosiding di Mahkamah.

Oleh itu, pengusiran ini telah di buat secara tidak sah oleh Kerajaan Negeri dan satu penganiayaan terhadap rakyat marhaen.

Saya tak kata tuan rumah tak boleh usir penyewa tetapi pengusiran yg tidak di buat melalui Perintah Mahkamah adalah satu pencabulan hak asasi manusia.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Peguambela & Peguamcara
0129770412