Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba tunjuk baik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba tunjuk baik dgn menawarkan kpd 7 keluarga berkenaan utk balik ke rumah masing2 selama 3 hari sahaja.

Ketika saya di lapangan Terbang bayan lepas tadi, krjn Negeri memaksa mrk tandatangan satu surat Akuan sblm di benar kan balik semula ke rumah.

Saya meminta salinan surat berkenaan utk saya perhalusi dulu Kandungannya sblm saya boleh menasihatkan anakguam utk tandatangan atau tidak.

Saya minta di hantar kpd saya melalui whatsapp pun takpa krn saya nak berlepas dah.

Tetapi exco penang tak benarkan salinan di beri kpd saya kononnya dokumen rahsia.

Jadi saya nasihatkan anakguam saya jgn tandatangan apa2 selagi saya belum tengok dokumen apa yg mrk di paksa tandatangan tersebut.

Saya jangka pasti ada antara 2 ayat berikut dlm surat tu :-

1. Saya mengaku janji untuk keluar dari rumah tersebut selepas Tempoh 3 hari

2. Saya mengaku janji tidak akan mengambil tindakan undang2 terhadap Kerajaan negeri

Jangan sign!

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *