KENYATAAN MEDIA PARTI BUMIPUTERA PERKASA MALAYSIA (PUTRA) TERHADAP YB MUJAHID RAWA.

1. Pada 15 Januari 2020, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah mengeluarkan kenyataan Menyokong pekeliling KPM yang mengharamkan murid2 beragama Islam untuk menyertai sambutan perayaan pesta Ponggal yang di buat di sekolah seperti kenyataan di bawah.

https://www.facebook.com/996172770548218/posts/1481025342062956/

2. Adalah tidak mengejutkan apabila Menteri Pelbagai Agama di JPM mengeluarkan kenyataan semalam menggesa tindakan tegas di ambil ke atas pengeluaran pekeliling KPM berkenaan seperti di laporkan di sini :-

https://www.freemalaysiatoday.com/…/mujahid-gesa-tindakan-…/

3. PUTRA menegaskan bahawa kenyataan Menteri Pelbagai Agama JPM ini boleh di ibarat kan seperti telah memetik api pada tumpahan minyak.

4. Melayu dan Islam di buli sekali lagi oleh seorang Menteri yang nama sahaja seperti Melayu tetapi Jiwanya kafir.

5. Adalah jelas perayaan Ponggal melibatkan ritual kepercayaan terhadap Dewa awan, Dewa hujan dan Dewa matahari di kalangan penganut Hindu dan bagaimana Mungkin Menteri Melayu berjiwa kafir ini boleh mengeluarkan kenyataan menggalakkan murid2 beragama Islam untuk menyertainya?

6. PUTRA dengan ini mengecam kenyataan Menteri Pelbagai Agama JPM ini dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan Kerajaan untuk cuba mempromosikan kepercayaan agama lain di kalangan umat Islam yang jelas bertentangan dengan Perkara 11(4) dan 12(3) Perlembagaan Persekutuan.

7. PUTRA juga akan memantau jika ada sebarang tindakan tatatertib di kenakan terhadap mana-mana pihak di Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan pengeluaran pekeliling berkenaan.

8. Sekiranya ada, maka PUTRA menawarkan bantuan guaman Percuma kepada pegawai berkenaan untuk mendapat pembelaan sewajarnya setakat yang boleh dalam zaman kekejaman pemerintahan rejim Pakatan Harapan ini.

9. PUTRA juga mendesak Menteri pelbagai agama ini untuk mengulang syahadah beliau kerana di bimbangi keimanan beliau terhadap Ponggal telah merosakkan Iman beliau kepada Allah.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
0129770412
18 Januari 2020

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *