Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan pengguguran tuduhan SOSMA terhadap Pemimpin DAP

Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan pengguguran tuduhan SOSMA terhadap Pemimpin DAP.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

1. PUTRA tidak terkejut dengan berita Pendakwaraya menggugurkan 2 pertuduhan terhadap Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan ini atas pertuduhan memiliki barang berkaitan kumpulan pengganas LTTE.

2. PUTRA mengaku bahawa Pendakwaraya yang di ketuai Tommy Thomas mempunyai kuasa penuh dan Hak undang2 untuk mendakwa atau menarik balik pendakwaan mana2 kes jenayah.

3. Walaubagaimanapun, di sebabkan kesemua pertuduhan jenayah melibatkan pemimpin Kerajaan di gugurkan dalam banyak kes sejak 2 tahun ini, maka kredibiliti Peguam Negara setaraf sampah adalah fakta yang tak boleh di pertikaikan lagi.

4. Ketika pembunuh Arwah Adib masih belum di dakwa, kesemua pemimpin Pembangkang di dakwa dalam tempoh 24 jam walaupun kertas siasatan belum lengkap ini menunjukkan sesuatu yang jelas bahawa Peguam Negara lantikan politik ini hanya akan mengikut arahan tuan yang melantik BELIAU.

5. PUTRA mendoakan agar kezaliman ini segera di balas Allah dengan di gerakkan kebangkitan rakyat menumbangkan Kerajaan bodoh ini melalui cara sah di sisi Undang-undang.

6. Semoga semua yang terlibat dalam penganiayaan dan penyalahgunaan Undang-undang Negara kita hari ini akan di hukum dengan Berat oleh Kerajaan Baru nanti.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/ltte-dua-pertuduhan-terhadap-adun-seremban-jaya-batal-221908

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
0129770412

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *