Kenapa PUTRA?

Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) telah di luluskan penubuhannya oleh ROS pada 8 Mei 2019.

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, termasuk Azam Aziz, orang dudukGambar ini adalah suasana Sidang Media PUTRA pada 9 Mei 2019 utk mengumumkan penubuhan PUTRA secara rasmi.

Ahli Dewan Tertinggi PUTRA akan bermesyuarat pada 22 Mei 2019 untuk menstrukturkan kembali senarai Jawatankuasa Pusat yang akan di ketuai oleh Dato Ibrahim Ali.

Saya memilih PUTRA sebagai wadah Perjuangan politik kerana saya di berikan kepercayaan dan peranan besar oleh Presiden PUTRA utk meneruskan agenda Perjuangan berasaskan Perlembagaan Persekutuan.

PUTRA adalah satu2nya Parti politik yang saya sertai dan saya akan mula berkempen mengumpul keahlian PUTRA selepas mesyuarat 22 Mei 2019 nanti.

Saya berharap agar orang Melayu yang masih belum menyertai mana2 Parti politik sedia ada agar dapat mempertimbangkan utk menyertai PUTRA agar Kita dapat Bersama2 berjuang memperkasakan agenda Melayu dan Islam menurut Perlembagaan Persekutuan.

PUTRA akan mengumpul ahli dan menubuhkan cawangan Putra mengikut Pusat Daerah Mengundi seluruh Negara, seterusnya menubuhkan Bahagian Putra mengikut Kerusi Parlimen.

Sila terus mengikuti perkembangan dan pengumuman Putra yang akan di sebarkan dari semasa ke semasa melalui saluran media rasmi PUTRA yang akan di umum kan nanti.

Sekian terima kasih.

#RasisBerpelembagaan

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *