Juang Sendirianku Selama Ini

Imej mungkin mengandungi: 1 orang

Setahun yang lepas, saya bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen P100 Pandan.

Saya berjaya mendapat 73 Undi sahaja dan saya adalah Calon Bebas yg mendapat Undi terendah dalam sejarah Malaysia sejak Merdeka, menjadikan saya Calon Bebas yang paling terkenal di Malaysia.

Saya juga telah niat kan untuk sedekah deposit Calon sebanyak RM10k kepada Kerajaan utk di masukkan ke Tabung Negara bagi menampung projek Pembangunan utk rakyat.

Pengalaman yang saya perolehi sebagai Calon amat berharga kerana terbukti saya pernah terlibat dalam proses demokrasi Negara dan saya bermula dengan mendapat 73 Undi.

Sejak setahun lepas, saya tidak pernah berhenti sehari pun dari terus berpolitik dan meneruskan karier professional saya sebagai Peguam.

Saya tidak murung masuk gua seperti penyokong MU malah saya terus mengumpul pengaruh melalui rangkaian media sosial yang saya kuasai dan Alhamdulillah, Pendapat politik dan Pendapat undang2 saya sering menjadi rujukan banyak pihak untuk di kongsi dan di perdebatkan.

Sempena setahun rakyat Malaysia di PERBODOH2KAN oleh Pakatan Hancing ini, saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua 73 orang pengundi saya di Pandan.

Undi anda Tidak saya sia2kan dan amanah 73 ini akan saya teruskan utk terus berperanan menyakitkan hati musuh2 saya yg pelik kenapa saya tak Koyak sikit pun dengan angka 73 berkenaan.

Terima kasih juga kepada jentera2 pilihanraya saya, Pak Teh, YDP Sham, Stapilus Aurus, Azman, Tok Ketua, Kajai, Azanisham dan ramai lagi yg tak mampu saya nama kan krn menemani saya sepanjang hari selama tempoh berkempen sehingga Kini.

Saya tak akan lupa siapa sahabat saya ketika saya di lihat bersendirian menongkah arus ini.

Saya juga memaafkan anda, musuh2 baru dan musuh2 lama dan saya tak salahkan anda memusuhi saya krn tanpa anda, saya tiada sesiapa utk di ayam2kan di Alam maya dan di Alam NYATA. Saya perlukan anda sbg haters agar saya boleh terus mengasah skil menganjeng saya yg dah mencapai tahap dewataraya sekarang.

MASIH panjang perjalanan Perjuangan ini, semua ini baru permulaan sahaja sehingga umur saya 94 tahun.

Nantikan jenama baru yang saya akan cuba mulai hari ini.

PUTRA

P/s: Hari ini juga adalah hari KePUTRAan saya yang ke 42.

Salam hormat.

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *