Buzze Azam Menulis

Istilah “cina” dan “India” pun tiada dalam Perlembagaan Persekutuan

  1. Pada pagi Ahad 24 Mac 2019, saya di hiburkan dengan tajuk artikel berbahasa Inggeris dalam akhbar online The Star yang bertajuk “Experts: ‘Social contract’ never in the Constitution
  2. Artikel berkenaan di mulakan dengan ayat provokasi  “The term “social contract” does not appear in the Federal Constitution and its misuse by some in society is worrying, say experts.”
  3. Bagi membalas provokasi berkenaan, saya juga menyatakan bahawa “The term “Chinese” and “Indian” does not appear in the Federal Constitution and its misuse by some in society is worrying, says Buzze Azam”
  4. Di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, hanya terdapat 4 kategori rakyat Malaysia yang di bahagikan mengikut kategori  Orang Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Kaum-Kaum Lain.
  5. Tiada mana-mana bahagian dalam Perlembagaan yang mendefinisikan dan/atau memperincikan maksud Kaum-Kaum Lain.
  6. Terdapat 1 lagi kategori rakyat Malaysia yang di nyatakan dengan jelas kewujudannya dalam Perlembagaan iaitu “Orang Asli” yang di definisikan secara jelas dalam Perkara 160 Perlembagaan.
  7. Perkara 161A (7) Perlembagaan Persekutuan pula mendefinisikan Anak Negeri Sarawak terdiri daripada 21 ras asli  Bukitan,Bisayah, Dusun, Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit,Kayan, Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit),
    Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit.
  8. Manakala Perkara 161A(6)(b) sebagai  anak atau cucu kepada seorang daripada suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.
  9. Jika logik akal 3 orang ahli panel forum berkenaan di aplikasikan di sini, maka ini bermaksud di sebabkan tidak wujud istilah “kaum cina” dan “kaum India” di dalam Perlembagaan Persekutuan maka adalah tidak berpelembagaan untuk kita menggelarkan mereka sebagai kaum Cina dan India kerana istilah Perlembagaan yang sebenar untuk mereka adalah “kaum-kaum lain”.
  10. Jadi kesilapan kita menggelarkan mereka sebagai Cina dan India adalah satu manipulasi istilah Perlembagaan.
  11. Selama ini kita memandai-mandai mengadakan satu istilah yang tak pernah wujud dalam Perlembagaan.
  12. Jom kita hentikan penggunaan istilah Cina dan India bermula sekarang.
  13. Kita gunakan saja istilah “Kaum-kaum lain”
  14. Ada bantahan?

 

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *