Hari ini hari mengundi PRK Dun Semenyih.

Saya tetap berpendirian bahawa pilihanraya kecil ini adalah tidak sah di adakan dan boleh di batalkan keseluruhan perjalanannya oleh Mahkamah atas alasan bahawa SPR tidak wujud selepas 1 Januari 2019 kerana kesemua 6 anggotanya telah meletakkan jawatan.

Yang tinggal dlm SPR hanyalah Pengerusi ya Art Harun seorang diri. Oleh itu, mesyuarat Art Harun bersama Pengerusi SPR yg di hadir oleh AZHAR AZIZAN HARUN bukanlah satu mesyuarat yang sah SPR krn mustahil seorang Manusia boleh bermesyuarat seorang diri.

Ini menjadi kan mesyuarat SPR pada 18 Januari 2019 utk memutuskan pengeluaran Writ dan tatacara pengendalian PRK Dun Semenyih ini adalah tidak sah.

Kes ini telah di rujuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Hakim telah membuat keputusan menolak permohonan Plaintif serta mahkamah mengesahkan bahawa SPR boleh berfungsi walaupun Pengerusi bermesyuarat seorang diri.

Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini telah memfailkan Rayuan di Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2019.

Jadi tak kira siapa pun yg bakal di umum kan menang pada malam ini, jangan gembira sangat.

Tunggu selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan kemenangan kamu, baru boleh kamu dan penyokong kamu bergumbira.

Ya, mana2 pihak yg kalah di Mahkamah Rayuan nanti akan merayu pula ke Mahkamah Persekutuan.

#BeReady4PRU14

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *