diterbitkan pada 2 Julai 2019

DEKLARASI RAKYAT 2.0

Ampun Tuanku Beribu-Ribu Ampun,
Sembah Patik harap di ampun.

Mengadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, D.K., S.S.A.P., S.I.M.P., D.K.(Terengganu),D.K.(Johor),S.P.M.J.,P.A.T.

Di persembahkan kepada Duli Tuanku sebanyak 1 juta tandatangan rakyat Malaysia berbilang kaum dari seluruh pelusuk Negara Malaysia memohon kuasa budibicara Duli Tuanku untuk memecat Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri Malaysia menurut Seksyen 29 Jadual ke 11 Perlembagaan Persekutuan (pihak yang berkuasa melantik termasuk kuasa membuang) seperti alasan-alasan berikut :-

1. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, beliau telah gagal memastikan Kerajaan Persekutuan pimpinan beliau memenuhi janji manifesto Pakatan Harapan yang di buat ketika kempen Pilihanraya Umum ke 14.

Huraian :

i) Parti Pakatan Harapan menjanjikan 10 janji kepada pengundi untuk di tunaikan dalam tempoh 100 hari pertama pemerintahan jika mereka di pilih oleh majoriti pengundi dalam PRU14 sebagai Kerajaan Persekutuan.

ii) Antara janji tersebut adalah menghapuskan 6% GST, mengurangkan kos hidup rakyat, Hapuskan Hutang Felda, Menstabilkan harga minyak, menetapkan gaji minima, mengembalikan hak Sabah dan Sarawak, serta Skim Peduli Sihat.

iii) Pakatan Harapan juga mengeluarkan Buku Harapan yang terkandung di dalamnya 60 janji tambahan di bawah 5 teras Utama untuk di tunaikan dalam tempoh 5 tahun pemerintahan mereka sebagai Kerajaan Persekutuan.

iv) Tertarik dengan janji-janji Parti Pakatan Harapan dalam manifesto pilihanraya, maka majoriti pengundi telah mengundi Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan menumbangkan Barisan Nasional yang telah berkuasa selama 61 tahun sejak Merdeka.

v) Namun 100 hari berlalu menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohammad sebagai Perdana Menteri telah memberikan pelbagai alasan untuk tidak menunaikan janji-janji manifesto Pakatan Harapan seperti yang di janjikan.

vi) Pada masa yang sama, rakyat juga telah hilang keyakinan untuk Kerajaan menunaikan 60 janji lagi kerana tidak kelihatan Kerajaan Malaysia fokus untuk menunaikan janji mereka sendiri melainkan tiba-tiba bercakap tentang kereta nasional ke 3, jambatan bengkok dan kereta Terbang yang tidak pernah di sentuh langsung dalam manifesto asal mereka.

vii) Perlu di ingatkan bahawa janji-janji manifesto Pakatan Harapan telah di buat TANPA SYARAT berkaitan tertakluk kepada kajian Kewangan Negara.

viii) Undi majoriti rakyat juga di buat ke atas Calon-Calon Pakatan Harapan TANPA SYARAT melainkan janji-janji manifesto hendaklah di tunaikan.

ix) Sememangnya dari sudut undang-undang, Kerajaan Persekutuan dan Parti Pakatan Harapan adalah 2 entiti berbeza dan Kerajaan Persekutuan tidak terikat untuk menunaikan janji yang di buat oleh entiti berbeza mereka yang lain.

x) Walaubagaimanapun, adalah menjadi TANGGUNGJAWAB MORAL Kerajaan Persekutuan untuk menunaikan janji mereka kerana Rakyat mengundi mereka sebagai Kerajaan adalah semata-mata kerana entiti Pakatan Harapan yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik berbanding Barisan Nasional.

2. Tun Dr Mahathir Mohammad telah melanggar Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Rahsia beliau untuk mempertahankan Perlembagaan sepertimana Sumpah dalam Jadual Keenam Perlembagaan yang di ikrar mengikut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Kesalahan 1

i) Bahawa pada 29 November 2018, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengelirukan Timbalan Yang Di Pertuan Agong dengan menghantar Representasi kepada Baginda yang terkandung di dalamnya maklumat-maklumat palsu dengan tujuan mengelirukan Timbalan Yang Di Pertuan Agong untuk memperkenankan penubuhan Tribunal memecat 6 orang anggota SPR di bawah Perkara 114(3) di baca bersama Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan.

ii) Representasi bertarikh 29 November 2018 berkenaan mengandungi kenyataan dengan tujuan mengelirukan Timbalan Yang Di Pertuan Agong apabila mencadangkan kesemua 6 anggota SPR berkenaan di gantung tugas dan di pecat daripada jawatan mereka sedangkan fakta sebenar menunjukkan Yang Di Pertuan Agong telah memperkenankan perletakan jawatan kesemua 6 anggota SPR berkenaan pada 26 Oktober 2018.

iii) Sekiranya Timbalan Yang Di Pertuan Agong di maklumkan oleh Perdana Menteri berkaitan fakta di atas, maka besar kemungkinan Baginda Timbalan Yang Di Pertuan Agong tidak akan memperkenankan penubuhan Tribunal berkenaan pada 5 Disember 2018 kerana pastinya dalam pertimbangan Baginda Tuanku (jika Baginda tidak di kelirukan oleh PM) bahawa Tribunal tidak boleh memecat seseorang yang telah meletakkan jawatan.

iv) Penubuhan Tribunal untuk memecat anggota SPR yang telah meletakkan jawatan ini adalah satu tindakan gopoh Perdana Menteri untuk mengambil kesempatan mengaibkan Yang Di Pertuan Agong (dalam keadaan YDPA sedang bercuti ketika itu) dan mendorong Timbalan Yang Di Pertuan Agong untuk menubuhkan Tribunal yang bersifat akademik.

v) Kelakuan Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah tidak berpelembagaan dan telah melanggar sumpah jawatan beliau mengikut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Kesalahan 2.
i) Pada 4 Mac 2019, Malaysia telah menandatangani Instrumen Memperaku dan meratifikasi Statut Rom.

ii) Di dalam Laporan Human Rights Council Malaysia di bawah Kementerian Luar bertajuk “National report submitted in accordance with paragraph 5 of the annex to Human Rights Council Resolution 16/21” bertarikh 23 Ogos 2018 yang di hantar ke Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk di bentangkan dalam Mesyuarat Agung Bangsa-Bangsa Bersatu pada 5-16 November 2018, Kerajaan Malaysia di perenggan 13 Laporan berkenaan telah mengesahkan akan meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membolehkan Rome Statut dan ICC di kuatkuasakan untuk rakyat Malaysia.

iii) Pindaan Perlembagaan Persekutuan ini akan melibatkan pindaan terhadap Perkara 181 Perlembagaan yang perlu memasukkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) menjadi satu lagi Mahkamah yang boleh membicarakan Raja-Raja Melayu selain daripada Mahkamah Khas.

iv) Pindaan ini memerlukan Perkenan Majlis Raja-Raja Melayu menurut Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

v) Walaubagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad telah melanggar peruntukan Perlembagaan ini dengan terus membuat Ratifikasi Statut Rome tanpa terlebih dahulu mendapat Perkenan Majlis Raja-Raja.

vi) Apabila Majlis Raja-Raja Melayu bermesyuarat dan tidak memperkenankan Ratifikasi Statut Rome, maka Tun Dr Mahathir Mohamad telah menarik balik Ratifikasi berkenaan pada 5 April 2019.
vii) Walaupun telah di Tarik balik, fakta bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah melanggar sumpah jawatannya untuk menghormati Perlembagaan telah di lakukan.

viii) Kelakuan Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah tidak berpelembagaan dan telah melanggar sumpah jawatan beliau mengikut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan.

Kesalahan 3.

i) Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertindak secara tidak mengikut Perlembagaan apabila membantah proses rombakan Exco Kerajaan Negeri Johor.

ii) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri tidak mempunyai apa-apa peranan Perlembagaan dalam urusan pelantikan Exco Kerajaan Negeri Johor kerana menurut Perkara 4 (2)(b) Bahagian II Perlembagaan Negeri Johor 1895, DYMM Sultan Johor hendaklah melantik tidak lebih daripada 8 org Exco Krjn Negeri SELEPAS BAGINDA MENDENGAR NASIHAT MENTERI BESAR JOHOR.

iii) Peristiwa ini menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melanggar batasan Sempadan antara Perlembagaan Persekutuan dengan Perlembagaan Negeri.

iv) Kelakuan Tun Dr Mahathir Mohamad ini adalah jelas tidak menghormati Tanggungjawab Perlembagaan yang di miliki oleh DYMM Sultan Johor mengikut Perlembagaan Negeri Johor 1895.

v) Selanjutnya, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad ini turut melanggar sumpah jawatan beliau mengikut Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan apabila tidak mempertahankan Perlembagaan Negeri yang harus di Baca bersama dengan Perlembagaan Persekutuan.

BERDASARKAN KEPADA 2 KESALAHAN BESAR OLEH TUN DR MAHATHIR MOHAMAD NI, RAKYAT TELAH HILANG KEPERCAYAAN TERHADAP KEPIMPINAN BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

OLEH ITU 1 JUTA RAKYAT YANG MELAMPIRKAM DI SINI TANDATANGAN SOKONGAN MASING-MASING TERHADAP DEKLARASI RAKYAT 2.0 INI MEMOHON KEPADA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG UNTUK MEMECAT TUN DR MAHATHIR MOHAMAD SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Sekian,
Ampun Tuanku.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Penyelaras
Sekretariat Gerakan Rakyat Bebas

TANDA TANGAN DALAM TALIAN

Sebanyak 412 tandatangan dalam talian yang telah terkumpul

Medan borang yang bertanda (*) adalah wajib diisi

Terma & Syarat Deklarasi Rakyat 2.0

1. Saya memberikan tanggungjawab kepada pihak buzzeazam.com untuk memastikan keselamatan maklumat peribadi saya adalah dilindungi dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

2. Maklumat peribadi saya hanya boleh digunakan untuk Deklarasi Rakyat 2.0 sahaja