Dasar Diskriminasi Perkauman menindas Melayu oleh KSM – 2

KENYATAAN MEDIA

Rujukan Kami : PUTRA/NP/2019
Rujukan tuan :
Tarikh : 3 hb Julai 2019

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

1. PUTRA menghargai Kenyataan Media balas daripada Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia sebaik sahaja PUTRA mengeluarkan Kenyataan Media berkaitan Aduan pengecualian bayaran pendaftaran bagi kursus sepenuh masa program inisiatif meningkatkan enrolmen pelajar belia India (PSMB-ILJTM) tahun 2019.

2. PUTRA memuji kepantasan pihak JTM mengeluarkan kenyataan balas yang menunjukkan sikap kebertanggungjawaban dan efisiensi JTM untuk memberikan maklumbalas segera atas suatu isu yang menjadi polemik di kalangan masyarakat berkaitan dasar kerajaan.

3. Walaubagaimanapun, dukacita di maklumkan bahawa pihak PUTRA tidak dapat melihat apa-apa merit berbentuk jawapan di dalam kenyataan Media JTM tersebut melainkan ianya hanya mencetuskan lebih banyak kontroversi dan menimbulkan persoalan pelanggaran Perlembagaan yang serius.

4. Pertamanya, melalui Kenyataan Media Balasan tersebut, pihak JTM telah gagal menjawab soalan PUTRA samada Yang Di Pertuan Agong telah memberikan perkenan kepada Kementerian Sumber Manusia untuk membuat dasar pengecualian yuran khusus untuk kaum India sahaja menurut perkara 153 Perlembagaan Persekutuan?

5. Kedua, JTM jawapan yang menyatakan bahawa peruntukan kerajaan sebanyak RM5 juta telah di masukkan dalam Bajet 2019 bagi tujuan skim ini tidak menjustifikasikan satu pelanggaran peruntukan Perlembagaan dan peruntukan bajet itu sendiri boleh di cabar keabsahannya dan jika terbukti proses peruntukan bajet berkenaan adalah tidak mengikut “Rule of law” maka bajet itu sendiri boleh di sahkan sebagai tidak sah dan wang rakyat berkenaan hendaklah di kembalikan kepada Kerajaan.

6. Ketiga, kenyataan JTM yang menyatakan bahawa program ini bukan kali pertama di laksanakan Kerajaan malah Kerajaan BN terdahulu turut melaksanakan dasar yang sama, PUTRA menegaskan bahawa jika sesuatu dasar itu tidak berpelembagaan, tak kira samada ianya di lakukan oleh kerajaan PH atau kerajaan BN, ianya tetap tidak sah di sisi undang-undang.

7. Kerajaan BN telah di tumbangkan oleh rakyat di sebabkan polisi diskriminasi perkauman tersebut dan adakah Kerajaan PH ingin mengalami nasib yang sama di tumbangkan oleh rakyat kerana dasar tersebut?

8. PUTRA tidak menentang hak kaum India untuk mendapat penajaan kemudahan Pendidikan . PUTRA hanya menentang penyalahgunaan prosedur dan proses pemberian bantuan tersebut. Sekiranya dasar itu telah di luluskan dengan betul oleh Yang Di Pertuan Agong, maka PUTRA tiada bantahan lanjut berkaitan isu ini.

9. PUTRA mengambil maklum bahawa kemiskinan merupakan antara faktor penghalang kepada peluang Pendidikan tetapi kemiskinan adalah buta perkauman. Oleh itu, Kerajaan hendaklah bertindak adil terhadap semua kaum untuk akses kepada peluang Pendidikan dan kemahiran mengikut undang-undang dan sebarang bentuk diskriminasi selagi ianya tidak di kecualikan oleh undang-undang hendaklah di hentikan.

Sekian terima kasih.

Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
Pengerusi Biro Undang-undang & Pengaduan Awam PUTRA

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *