Jangan kecewa wahai PH.

Jangan kecewa wahai PH.

Dengan izin Allah jika Mahkamah Persekutuan nanti memutuskan PRK Dun Semenyih ini sebagai tidak sah dan terbatal, maka masih ada Harapan utk kamu menabur janji baru pada PRK Dun Semenyih 2.0 nanti.

Kepada BN pula jgn gembira sangat. Mana tahu akan ada PRK Semenyih 2.0. Maka teruskan lah membangkang di DUN tu yer kalau menang pun.

You have been warned

Wahai Kerajaan PH dan penyokong serta pemegang2 jawatan kanan Kerajaan atas kapasiti lantikan politik.

Dengar
Dengar
Dengar

1. Kamu boleh start pangkah setiap hari kamu telah memegang jawatan kat kalender lumba kuda kat umah kamu tu.

2. Kamu asing kan siap2 penyata duit gaji dan elaun yg kamu dah dapat

Ini kerana

1. Tak lama lagi kamu akan di isytihar kan sebagai Kerajaan Haram

2. Kamu kena refund semua gaji dan elaun yg kamu dah makan

YOU HAVE BEEN WARNED

By me.

#BeReady4PRU14

Hari ini hari mengundi PRK Dun Semenyih.

Saya tetap berpendirian bahawa pilihanraya kecil ini adalah tidak sah di adakan dan boleh di batalkan keseluruhan perjalanannya oleh Mahkamah atas alasan bahawa SPR tidak wujud selepas 1 Januari 2019 kerana kesemua 6 anggotanya telah meletakkan jawatan.

Yang tinggal dlm SPR hanyalah Pengerusi ya Art Harun seorang diri. Oleh itu, mesyuarat Art Harun bersama Pengerusi SPR yg di hadir oleh AZHAR AZIZAN HARUN bukanlah satu mesyuarat yang sah SPR krn mustahil seorang Manusia boleh bermesyuarat seorang diri.

Ini menjadi kan mesyuarat SPR pada 18 Januari 2019 utk memutuskan pengeluaran Writ dan tatacara pengendalian PRK Dun Semenyih ini adalah tidak sah.

Kes ini telah di rujuk ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dan Hakim telah membuat keputusan menolak permohonan Plaintif serta mahkamah mengesahkan bahawa SPR boleh berfungsi walaupun Pengerusi bermesyuarat seorang diri.

Plaintif yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi ini telah memfailkan Rayuan di Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2019.

Jadi tak kira siapa pun yg bakal di umum kan menang pada malam ini, jangan gembira sangat.

Tunggu selepas Mahkamah Persekutuan mengesahkan kemenangan kamu, baru boleh kamu dan penyokong kamu bergumbira.

Ya, mana2 pihak yg kalah di Mahkamah Rayuan nanti akan merayu pula ke Mahkamah Persekutuan.

#BeReady4PRU14