PPR Pulau Manggis – Jawapan ke Atas CM Pulau Pinang

Chow: Orang Politik masuk campur hasut penduduk sukar kan perbincangan.

Jawapan Bekas Calon Bebas Parlimen Pandan :

Orang Politik Pembangkang memang itu kerja mereka. Sepertimana kamu jadi Pembangkang dulu pun ini juga kerja kamu dulu. Skrg kamu nak sentap?

Chow: Penduduk telah di berikan masa mencukupi utk mrk mengosongkan premis.

Jawapan Peguam : Saya menafikan penduduk telah di berikan masa mencukupi utk mengosongkan premis. Notis pengosongan serta merta di berikan pada 6 Mac 2019 dan penyewa di ugut utk di kurung di dalam rumah jika gagal keluar serta merta.

Chow : Krjn Negeri telah menyediakan kediaman sementara utk 7 keluarga tetapi atas Hasutan politik, inisiatif Kerajaan Negeri membantu ini di tolak penyewa.

Jawapan Peguam : Tiada sebarang tawaran dari Kerajaan Negeri utk kediaman sementara. Ini adalah pembohongan oleh Ketua Menteri.

Chow : 7 dari 22 unit telah di serah secara Sukarela oleh penyewa kpd Kerajaan Negeri.

Jawapan Peguam: Satu lagi pembohongan CM. Mrk semua di paksa keluar dari premis sehelai sepinggang serta merta tanpa Notis Awal. Di ugut di kurung di dalam rumah jika tak mahu keluar.

Isu tunggakan sewa

Jawapan Peguam : Daripada 7 keluarga, hanya 2 keluarga mempunyai tunggakan bayaran sewa selama 13 bulan.

Isu berkahwin dgn warga asing.

Jawapan Peguam: Mrk dah berkahwin lama sebelum mrk di terima masuk ke PPR berkenaan pada tahun 2006. Masa memohon dulu dah isytihar perkahwinan mrk dgn warga asing. Di luluskan juga permohonan mrk. Kenapa tiba2 sekarang jadi salah pulak?

Isu Pendapatan dah meningkat melebihi RM1500

Jawapan Peguam : Jumlah Pendapatan RM3000 pun masih di kategori kan miskin Bandar.

Isu ada 400 keluarga miskin menunggu masuk rumah PPR

Jawapan Peguam : Tgjwb Kerajaan Negeri sediakan 500k unit rumah PPR sepertimana janji manifesto.

https://m.malaysiakini.com/news/467116

Kezaliman Kerajaan Negeri Pulau Pinang Terhadap Rakyatnya

Keluarga 1

Di arahkan keluar serta merta jam 11 am. Ketika itu si ibu sedang memasak makanan hidangan tengahari. Penguasa menengking kalau tak keluar sekarang kami akan kunci kamu di dalam rumah. Maka si ibu memastikan api dapur dan meninggalkan rumah sehelai sepinggang.

Keluarga 2

Ketika penguasa datang, hanya ada anak kecil berusia 5 tahun sedang tidur di rumah di jaga oleh seorang nenek. Ibu bapa semua keluar bekerja. Penguasa mengarahkan si nenek mendukung anak yang sedang tidur itu utk di bawa keluar sehelai sepinggang.

Keluarga 3

Ketua keluarga di timpa kemalangan 3 minggu sebelumnya dan kaki terpaksa di simen ke paras lutut. Sekarang dlm cuti sakit dan berehat di rumah. Penguasa Perumahan menggegar pintu rumah dan mengarahkan lelaki berkenaan segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Hanya bertongkat terjingkit2 lelaki itu dlm tangisan meninggalkan rumah.

Keluarga 4

Apabila penguasa mengarahkan keluar rumah, si bapa enggan. Penguasa menyeru masuk seramai 5 orang bersama 3 anggota polis dan menggari tangan si bapa di depan mata anak2 yg masih kecil.

KEZALIMAN APAKAH INI?

DI MANA TIMBANG RASA BUDI BICARA DAN PERTIMBANGAN MORAL KAMU?

APA DOSA MEREKA SEHINGGA BEGITU DI PERLAKUKAN?

Pengusiran penyewa PPR Taman Manggis didakwa tidak sah

 

Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/538676/pengusiran-penyewa-ppr-taman-manggis-didakwa-tidak-sah

GEORGETOWN: Pengusiran 22 keluarga penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di sini, Rabu lalu, dikatakan tidak sah apabila keseluruhan proses itu didakwa dibuat tanpa mendapat perintah mahkamah.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili tujuh keluarga penyewa yang diusir, mendakwa tindakan itu antara lain bertentangan dengan Seksyen 7 (2) Akta Relif Spesifik 1950.

Katanya, notis mengenai perkara itu diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Seri Farizan Darus, hari ini.

“Tindakan pengusiran ini juga melanggar Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan, selain kerajaan negeri sebenarnya sudah melakukan pencerobohan, jenayah dan mengugut penduduk terbabit.

“Malah, mereka (kerajaan negeri) ugut untuk kunci penduduk di dalam rumah jika enggan bekerjasama ketika proses pengusiran, Rabu lalu. Jika ini terjadi, mereka sudah melakukan penahanan tak sah yang boleh disaman mengikut ‘habeas corpus’.

“Pengusiran ini juga tak masuk akal, selain tindakan ini disifatkan bertentangan dengan slogan yang kononnya kerajaan mendukung Peraturan Undang-Undang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pagi tadi, kerajaan negeri membenarkan semua penduduk yang diusir dari rumah mereka di PPR Taman Manggis di sini, kembali mendiami kediaman masing-masing sehingga Ahad ini.

Sebanyak enam keluarga membabitkan hampir 40 isi rumah yang diusir kini berteduh di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), sejak jam 12 tengah malam kelmarin.

Mohd Khairul Azam berkata, pihaknya turut menasihatkan penghuni terbabit mengenai hak mereka untuk memfailkan saman ke atas kerajaan negeri, susulan tindakan pengusiran berkenaan.

“Sebarang keputusan sama ada penduduk mahu saman kerajaan negeri atau sebaliknya hanya akan dimaklumkan minggu hadapan. Kita akan jumpa kerajaan negeri di mahkamah, jika mereka setuju untuk memfailkan saman.

“Saya turut menasihati mereka supaya setiap perbincangan bersama kerajaan negeri perlu membabitkan peguam kerana mereka berhak berbuat demikian mengikut Perkara 5 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pendirian kerajaan negeri membenarkan penghuni terbabit kembali mendiami rumah masing-masing tidak dibangkitkan dalam perbincangan antara pihaknya dan kerajaan Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba tunjuk baik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba tunjuk baik dgn menawarkan kpd 7 keluarga berkenaan utk balik ke rumah masing2 selama 3 hari sahaja.

Ketika saya di lapangan Terbang bayan lepas tadi, krjn Negeri memaksa mrk tandatangan satu surat Akuan sblm di benar kan balik semula ke rumah.

Saya meminta salinan surat berkenaan utk saya perhalusi dulu Kandungannya sblm saya boleh menasihatkan anakguam utk tandatangan atau tidak.

Saya minta di hantar kpd saya melalui whatsapp pun takpa krn saya nak berlepas dah.

Tetapi exco penang tak benarkan salinan di beri kpd saya kononnya dokumen rahsia.

Jadi saya nasihatkan anakguam saya jgn tandatangan apa2 selagi saya belum tengok dokumen apa yg mrk di paksa tandatangan tersebut.

Saya jangka pasti ada antara 2 ayat berikut dlm surat tu :-

1. Saya mengaku janji untuk keluar dari rumah tersebut selepas Tempoh 3 hari

2. Saya mengaku janji tidak akan mengambil tindakan undang2 terhadap Kerajaan negeri

Jangan sign!