Kehidupanku
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz (juga di kenali sebagai Buzze Azam) di lahirkan pada 9 hb Mei 1977 di Tanah Rata Cameron Highlands Pahang. Bapanya seorang pemandu teksi dan ibunya seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau merupakan anak ke 6 dari 9 adik beradik.
Beliau membesar di Batu Gajah Perak dan bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Yusuf Batu Gajah Perak. Selepas mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR tahun 1989, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak ?(SEMESTI) selama 2 bulan sebelum berpindah ke Sekolah Menengah Sains Selangor (SMSS) dan meneruskan pengajian menengah sehingga tingkatan 5.
Ketika di SMSS, beliau merupakan Pembahas Sekolah serta Pemidato yang mewakili sekolah dan Wilayah Persekutuan ke pertandingan debat peringkat Kebangsaan dan pernah di nobatkan sebagai Pendebat Terbaik Bahasa Melayu Zon Tengah dalam pertandingan debat Piala Perdana Menteri 1993.
Bakat kepimpinan beliau terserlah sejak sekolah lagi apabila di lantik sebagai Ketua Pelajar SMSS tahun 1994 dan pernah menerima Anugerah Kepimpinan dalam program Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah-Sekolah Berasrama Penuh 1994.
Selanjutnya, selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, beliau melanjutkan pelajaran di Matrikulasi Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya ke Fakulti Undang-Undang UKM sehingga menamatkan pengajian dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Dengan Kepujian) pada tahun 2001.
Beliau mendirikan rumahtangga dengan Suhana Bt S.Ali pada tahun 2003 di Taman Sri Angsana Hilir Kampung Pandan Dalam dan kini di kurniakan 4 orang puteri sebagai penyeri keluarga.