Buzze Azam Menulis

Autonomi diri Aku

Aku bangunkan tiang-tiang kekuatan untuk tetap berharap. Berharap tanpa sekelumit keraguan. Kerana keraguan itu diciptakan hanya untuk bangsa yang kalah.

Kalau hanya memasrahkan keadaan pada kebimbangan maksudnya kau sendiri tak tau kau tu siapa. Bukan memujuk hati, bukan membohongi diri, aku sebenarnya melihat semesta kagum dengan perjuangan yang aku junjung.

Dan isyarat ini aku tafsir dengan bahagia. Dan rasa bahagia aku ini takkan dapat kau lihat dengan aksesori dunia yang kau punya.

Bersendiri melawan arus bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi berada di tengah parodi manusia urban yang hidup bermacam watak wayang kulit yang khayal dalam kesombongan yang entah apa-apa.

Kasihan.

Biarlah.. Aku maafkan, dah lama aku maafkan.

Mereka yang di luar alam fikirku tak pernah tahu. Mereka tidak akan memahami. Mereka tidak pernah mahu mengerti.

Aku yang sendirian berusaha bercerita dalam diam.

Aku yang sendirian berusaha mengenal dalam kejauhan.

Dan satu yang sangat aku tahu, aku mencintai alam fikirku. Dan mata fikirku tak akan pernah meninggalkan alam khayal ku.

Misteri tak akan lagi menjadi gelisah di dalam setiap hati-hati kamu. Akan tiba saatnya nanti semua tanya tak akan lagi menjadi soal.

Mungkin tak ramai yang mengenalku.

Nama panggilan ku Buzze Azam.

Aku inginkan kebebasan.

Dan ini autonomi diri Aku.

https://ms.m.wikipedia.org/…/Mohd_Khairul_Azam_Bin_Abdul_Az…

#Ready4PRU
#BeraniKalah
#RasisBerperlembagaan
0129770412

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *