Antara Titah Sultan Nazrin tahun 2013 dahulu.

Ini adalah antara titah Sultan Nazrin tahun 2013 dahulu.

#################################

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu bukan boneka yang hanya sekadar menurunkan mohor perkenan kepada setiap dokumen yang dipersembah dengan mata tertutup, mulut terkunci dan tangan terikat tanpa kuasa menyuarakan pendirian.

Sebaliknya, titah baginda, raja dan Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai penimbang tara yang adil dan saksama jika mendapati nasihat yang dipersembah menyimpang daripada undang-undang, tergelincir daripada landasan keadilan, berunsur penindasan atau boleh memudaratkan negara.

Baginda bertitah, raja tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberi perkenan jika nasihat yang dipersembah bertentangan syarak, bercanggah dengan Perlembagaan serta undang-undang sehingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman.

“Raja Berperlembagaan memiliki tiga hak. Pertama hak untuk dirunding, kedua, hak untuk memberi nasihat dan terakhir hak untuk memberi peringatan.

https://www.malaysia-today.net/…/yang-di-pertuan-agong-sul…/

################################

Zaman kegemilangan Kesultanan Melayu dahulu, sebelum tahun 1957, kita dapat lihat melalui filem2 arahan dan lakonan P. RAMLEE, rakyat Bebas masuk ke Istana untuk mengadu kepada Sultan jika berlaku apa2 musibah seperti haiwan merosakkan tanaman, lanun membakar simpanan jerami dsb.

Raja pula selepas mendengar keluhan rakyat akan segera menitahkan Bendahara Negara untuk memberikan bantuan dan menitahkan Temenggung untuk Menjaga keamanan.

Begitu lah gambarannya peranan Sultan dahulu dan hubungannya dengan rakyat.

Raja dan Rakyat berpisah tiada.

#################################

Eh jangan ingat itu zaman dulu punya cerita dongeng saja.

Tahun 2019 ni pun, tanggungjawab Raja dan YDPA tu masih ada dalam Perlembagaan Persekutuan.

Contohnya Perkara 153 Perlembagaan.

Adalah menjadi tanggungjawab YDPA utk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dalam bidang Pendidikan, latihan permit perniagaan dan sebagainya.

Jadi apabila orang Melayu rasa di tindas haknya, tak dapat hak Perlembagaannya seperti peluang Pendidikan, latihan atau permit, maka tak salah rakyat mengadu kepada Yang Di Pertuan Agong atau Sultan di Negeri masing2.

Tapi kenapa memorandum Aduan rakyat itu nak di sampaikan kepada Istana amat susah dan payah?

Nak jumpa pegawai Istana pun susah?

Nak masuk mengadap apatah lagi.

Jadi di mana kedudukan Titah Sultan Nazrin berkenaan?

https://www.malaysia-today.net/…/yang-di-pertuan-agong-sul…/

 

0 replies

Leave a Reply

Want to join the discussion?
Feel free to contribute!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *